Sunday, May 2, 2010

Ugutan Bunuh Terhadap Ulama’ : Tergamakkah?!


Entri kali ini merupakan entri yang saya datangkan dengan perasaan yang marah dan geram dengan berita yang saya baca dan lihat dari pelbagai sumber. Saya amat terkejut apabila membuka satu link yang di’post’kan oleh sahabat saya yang bertajuk ‘AKU NAK TUMBUK MOHD SAFUAN HILMI’.Hmm, saya termenung seketika, lalu bertanya dalam hati siapakah lelaki yang bernama seperti yang ditulis? Keparat sangatkah beliau sehingga begitu ramai yang ‘join’ group ini?
Atas rasa ingin tahu saya pun klik pada link tersebut dan memang amat memeranjatkan apabila pemuda yang memakai baju Man Utd nie bukan sekadar menginggung perasaan seorang ulama’ Islam malah sanggup bunuh dan dihukum gantung sekiranya berjaya membunuh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat! Astagfirullah hal adzim, benarkah lelaki ini orang Melayu yang beragama Islam? Saya seboleh-bolehnya menyatakan bahawa perkara ini sekadar permainan fitnah tetapi amat memeranjatkan apabila saya terjumpa list perbualan yang sememangnya menunjukkan lelaki ini menulis sedemikian rupa malah mencaci maki ulama Islam TGNA. 
MasyaAllah, saya semakin pening…siapakah anak muda ini sehingga dia begitu membenci TGNA? Rupa-rupa dia adalah seorang pemuda dari parti politik yang bertentangan dengan TGNA. Persoalannya, apakah benar dia sanggup membunuh seorang ulama’ kerana partinya; mengapa tidak dia berjihad di jalan Allah dengan melaungkan takbir dan dengan lantang menyatakan kesediaannya untuk  syahid di jalan Allah..membunuh kafir harbi yang jelas memusuhi Islam. 

Saya cuba ‘search’ namanya di laman sosial facebook namun tidak ketemu. Rupa-rupanya accountnya telah di‘deactivate’kan, mungkin dia sendiri malu dengan apa yang telah dilakukan. Sekiranya benar begitu, itulah yang sebaik-baiknya agar dia kesal dengan apa yang dilakukannya dan segera memohon keampunan dari yang Maha Esa. Sekiranya politik Malaysia yang dijadikan sandaran untuk mencaci sesama Islam sehingga sanggup mengutuk ulama’, tulang belakang dalam perjuangan agama; itu sememangnya amat memeranjatkan.

 Amalan berpuak-puak sesama bangsa dan agama sangatlah memalukan sehingga sanggup melupakan balasan akhirat malah boleh berbangga sekiranya melakukan dosa bunuh dan rela diazab dengan hukuman dunia dan bukannya azab Allah S.W.T!!! Semoga kita mengambil ikhtibar dari perkhabaran ini, bukan tujuan saya untuk memainkan isu politik di sini tetapi utnuk sama-sama kita mengangkat martabat ulama’ sebagai rujukan utama kita; bukan dengan semudah-mudahnya kita mencaci para ulama; yang digelar sebagai pewaris para nabi di muka bumi ini. Saya akhiri entri kali ini dengan ucapan maaf sekiranya ada perkataan yang kurang menyenangkan dalam entri kali ini; yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk juga dariNya tapi dipersembah dari diri saya sendiri.
Wallah hu a’lam.

2 comments:

TMUkmkd said...

bagi aku, ima bersependapat waima tak, tak perlu nak bunuh bunuhan. :)

ahmad bin ibrahim said...

betoi3~