Wednesday, December 22, 2010

Wahai Pemuda


Salam luar biasa sihat dan hebat semua! Manusia itu bermula dari setitis air mani yang hina, kemudiannya tersenyawa, menjadi seketul daging dan terus menerus dikandung selama lebih 9 bulan di dalam perut insan yang penuh dengan sifat kasih sayang bernama ibu. Lahirnya manusia ke atas muka bumi Allah yang Maha Mulia sebagai seorang bayi kecil yang belum mengerti akan apa-apa pun. Kemudiannya manusia itu membesar mengikut usianya sebagai kanak-kanak yang mula mengenal kehidupan duniawi yang fana. Alam seterusnya adalah remaja, manusia mula diberi ilham oleh Allah untuk mengenal erti nafsu kepada berlainan jantina yang juga merupakan fitrah kejadian manusia. Begitulah indahnya kejadian manusia yang cukup sistematik dan sempurna, menunjukkan kesempurnaan dan kebijaksaan Allah dalam mengatur dan menjadikan sesuatu daripada sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar galaksi.

Alam remaja merupakan titik asas permulaan penting dalam menerajui perihal perundangan hukum Allah di atas muka bumi ini. Usia remaja bermula pada umur 13 tahun dan kebiasaannya dalam usia ini remaja telah aqil baligh dan mampu membezakan antara yang baik dan buruk. Di sinilah perjalanan seorang pemuda bermula. Di sinilah permulaan yang terbaik bagi membentuk jiwa Islami yang mendokong penuh syariat Islam dengan sebenarnya. Di sinilah juga peranan penting pemuda dalam pencarian ilmu mengikut lunas-lunas Islam yang sebenarnya. Saya yakin dan percaya terdapat ramai anak-anak muda belasan tahun yang tercari-cari matlamat hidup atau dengan kata lainnya adalah apa tujuan sebenar kehidupan ini? Ya, ada yang berkata “Aku nak masuk U kemudian dapat kerja bagus, tolong mak ayah, beli rumah besar, berkeluarga, kemudian mati dalam keadaan aman”, yang lain pula berkata “Aku dah besar nak jadi doktor nak tolong orang sakit, pastu boleh dapat duit banyak!”. Sekiranya anda masih lagi anak remaja, apakah matlamat hidup anda? Adakah perkara yang sama bermain berada di fikiran anda?

Jika ya jawapan anda maka anda masih lagi dibelenggu dengan permainan minda atau saya katakan sebagai ‘mindset’ yang telahpun dibentuk dari awal lagi oleh mak ayah anda semua. Adakah hidup anda terhenti dengan kematian? Bagaimana dengan matlamat anda selepas kematian nanti? Ataupun adakah kita hidup mengejar pangkat, wang, keseronokan, wanita atau kerja kebajikan? Sekadar itukah atau telah kita letak aturan keutamaannya. Tidak saya nafikan kebaikan dalam mengejar perkara-perkara yang disebutkan namun perlu ada aturan keutamaannya yang tepat. Persoalan utama yang saya timbulkan adalah apakah matlamat utama kita sebagai manusia di atas muka bumi ini dan yang lebih penting lagi adalah peranan pemuda itu sendiri sebagai tiang pasak dalam segala segi. Fikir-fikirkan kembali tujuan dan matlamat kita sebagai manusia yang berakal ke atas bumi yang tiada bertepi ini.  Saya tinggalkan anda semua dengan persoalan ini untuk sama-sama kita fikirkan. Semoga kita diberi hidayah Allah untuk melihat kepada jalan kebenaran dalam mencari matlamat hidup dan terus istiqamah di atas jalan yang lurus itu. InsyaAllah.

Dalam konteks Islam sendiri, pemuda merupakan angkatan penting bagi memastikan keteguhan kehidupan berasaskan formula Islami bagi diterapkan secara istiqamah dalam setiap jiwa manusia yang bernama muslim. Pemuda perlu berani ke depan bagi membentengi peranan Islam dalam segenap perkara. Pemuda perlu lantang mempertahankan setiap perkara mungkar yang terjadi dan mendokong amar makruf yang cuba disampaikan. Pemuda perlu cerdas dan cergas bagi melindungi orang-orang yang tidak berdaya terutamanya orang yang dekat dengan mereka. Pemuda merupakan anugerah yang besar kerana pemuda berjiwa besar, berdaya saing, mempunyai kekuatan yang maksimum, mencari sesuatu yang baru, dan merupakan agen pembaharuan. Firman Allah S.W.T :

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka”
Surah Al-Kahfi ayat 13

Demikian Allah tekankan pemuda dalam ayat Al-Quran di atas. Allah tidak menggunakan perkatan manusia namun pemuda; sesuai dengan peranannya dalam ayat tersebut. Penggunaan perkataan pemuda menunjuk betapa peranan tersebut spesifik kepada pemuda bukan kepada kanak-kanak ataupun orang tua. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh peranan pemuda secara spesifik bagi menunjukkan bahawa pemuda merupakan angkatan penting dalam menegakkan agama Islam. Malah Allah akan menambah petunjuk ke atas mereka jika mereka adalah pemuda yang benar-benar beriman kepada Allah. Bagaimanakah ciri-ciri pemuda yang benar-benar mahukan kebenaran Islam dan jujur ikhlas berada di atas jalan amal Islami? Terdapat empat ciri utama iaitu keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan. Hal ini kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Begitulah indahnya jika setiap remaja Islam hidup dalam suasana Islam yang harmoni dan mengamalkan amal Islami dengan sebenar-benarnya. Tiada lagi masalah sosial dan jenayah yang semakin berleluasa di mana-mana negara di atas dunia ini. Tiada lagi kes rogol, pembuangan anak zina, penzinaan, pelacuran, gay, budaya Black Metal, punk, juga tiadanya kelab-kelab hiburan yang rata-ratanya umat Islam yang bekerja di dalamnya! Nauzubillah himin zalikh. Walau pelbagai usaha dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah ini namun saban hari masalahnya menjadi semakin kronik malah berakar tunjang dalam masyarakat. Pada pandangan saya, hal ini kerana kita tidak bersungguh dalam mencegah masalah ini, punca utama masalah tidak dilupuskan, cuma pucuk-pucuk masalah yang kita cantas namun akarnya terus berakar umbi dalam masyarakat. Inilah yang terjadi jika hukum manusia lebih kita dahulukan berbanding hukum Allah.

Jika kita beralih dari masalah sosial kepada perkara yang sudah pun dianggap fenomena terutama di Malaysia seperti program realiti, konsert dan rancangan-rancangan televisyen. Kesemuanya adalah berasal Barat yang kita tahu propagandanya hanyalah untuk menyesatkan umat Islam itu sendiri. Perlu diingati bahawa Rasulullah sendiri pernah berpesan bahawa pihak Nasara dan Yahudi tidak akan puas sehingga orang-orang Islam mengikut cara hidup mereka dan kata-kata Rasulullah benar-benar terjadi di hadapan mata kita sendiri. Tinggal akal fikiran kurniaan Tuhan menentukan kebenaran kata seorang Rasul yang al-amin. Bagaimana mungkin remaja yang lahir dalam suasana yang penuh maksiat dan bergelumang dengan dosa akan bangkit dengan beraninya mempertahankan syariat yang dipegang kemas oleh junjungan besar Muhammad S.A.W melainkan adanya kesedaran untuk kembalikan Islam sebagai cara hidup bukan sekadar kepercayaan spiritual semata-mata.

Bangkitlah wahai pemuda! Bangkitlah menegakkan agama Islam dengan sebenar-sebenarnya. Jangan terleka dengan hiburan dan keseronokan dunia yang sementara ini. Letakkanlah keazaman yang teguh dalam hati agar kita terus bersatu hati memperjuangkan agama Allah ini!

Jadikanlah firman Allah dalam Surah Ali- Imran ayat 110 sebagai azimat kebangkitan Islam di atas muka bumi ini;

“Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia; iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu menegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”
Surah Ali Imran ayat 110


Thursday, December 16, 2010

Politikkan Islam?

“Oww…nak mempolitikkan isu ini ya?”, demikian saya petik kata-kata yang terhambur keluar dari seorang ahli politik yang terkenal di tanah air kita. Hal ini adalah akibat daripada persoalan yang dikeluarkan oleh seorang ahli politik yang lain tapi dari parti yang berlainan berkenaan dengan hal rakyat jelata. Saya bingung memikirkan kata-kata tokoh terkemuka ini, apakah makna politik yang sebenarnya? Apakah politik itu lain, kepentingan rakyat itu lain? Atau apabila kita berbicara mengenai rakyat, sekaligus kita berbincang hal politik secara tidak langsung? Jadi bagaimana sebenarnya pemikiran ahli-ahli politik bila berhujah dengan ayat POLITIK?

Setelah merasa bingung dengan keadaan ini, saya bingkas mencari makna politik itu sendiri. Wah, ternyata dalam Kamus Dewan edisi ke-4 terbitan 2005 mendefinisikan politik sebagai ilmu pengetahuan berkenaan cara atau dasar-dasar pemerintahan. Maka sememangnya apabila berbicara soal pemerintahan akan berkait terus dengan kepentingan rakyat namun hal itu tidak dinyatakan secara langsung. Sekali lagi saya terfikir, segala jawaban pastinya tertulis dalam Islam kerana Islam itu luas lagi menyeluruh kepada semua aspek dan sudah pasti perkara politik juga tidak terkecuali dari pandang sisi Islam. Ya, segala sesuatu perlu kembali kepada asasnya.

Politik dipanggil ilmu siasah dalam bahasa Arab atau ilmu kenegaran. Politik Islam dikenali sebagai Siasah Syar’iyah yang membawa maksud mengurusi atau mengatur perkara mengikut syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, makna siasah(politik) tersebut telah diterapkan pada pengurusan dan pelatihan orang yang diurus. Lalu, kata tersebut digunakan dalam pengaturan urusan-urusan manusia. Pelaku pengurusan urusan manusia tersebut dinamakan ahli politik atau siasiyun. Islam memberikan makna yang cukup luas apabila menyentuh soal politik. Maknanya, selagi mana adanya pengurusan, di situlah berlakunya politik. MasyaAllah, bagaimana pemikiran kita berkenaan dengan perkataan politik itu sendiri? Adakah kita didoktrin bahawa politik itu sememangnya kotor, jijik, dan tidak perlu bercampur dengan urusan agama? Perlu ditegaskan di sini bahawa kita yang mengaku muslim meyakini siasah adalah satu salah dari aspek yang penting dalam Islam. Rasulullah S.A.W sendiri menggunakan kata politik dalam sabdanya yang bermaksud :

“Adalah bagi Bani Israel, mereka diuruskan oleh para nabi(tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain dating menggantikannya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak khalifah.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Jelas di sini bahawa politik itu makna awalnya adalah mengusuri urusan masyarakat. Berkecimpung dalam politik bererti memperhatikan keadaan dan masalah rakyat seperti menghindarkan kezaliman penguasa dan mengelakkan kejahatan musuh kafir daripada mereka. 

Rasulullah S.A.W pernah ditanya oleh sahabat tentang apa yang paling utama berkaitan “jihad”? Baginda menjawab “Kalimah benar yang disampaikan pada penguasa”
Hadis riwayat Ahmad

Bererti secara ringkas Politik Islam memberikan pengurusan atas hal ehwal seluruh umat muslim termasuk bukan muslim yang bernaung dengan aman di dalam sebuah Negara Islam.

Persoalannya, jika kita melihat realiti hari ini keadaannya sangat berbeza dan rumit. Apabila menyentuh soal politik, ada yang berkata itu bukan urusan saya, saya tidak berminat, rasuah dan politik wang, dan berbagai tanggapan negatif terhadap politik. Ya, saya tidak menafikan semua itu ada yang terjadi, namun sedar tidak sedar secara tidak langsung kita menganggap politik Islam juga begitu dengan mengatakan “Aah, semuanya politik, same je” atau “Tak yah la berpolitik, kotor tu seme”, sedangkan hakikatnya politik Islam tidak sebegitu rupa. Bertambah parah apabila ada ulama mahupun ilmuwan yang bersuara dikatakan sebegini pula “ Aih, orang agama pon nak berpolitik jugak ke?”, menunjukkan sikap semberono sesetengah pihak akan kesyumulan Islam itu sendiri. Realiti di tanah air kita sudah pasti mencerminkan suatu persaingan yang kurang sihat lantaran sistem yang kita cedok bukanlah bersumberkan Islam. Maka tidak hairan jika ramai yang kurang bersetuju dengan hal ini. Tapi harus diingatkan bahawa politik itu tidak kotor tetapi cara politik itu ditangani telah mengotorkannya. 

Propaganda kaum sekular ada menyebut “Politik dan agama tidak boleh bercampur”. Sebabnya orang yang faham agama takut akan Allah dan tidak sesuai berkecimpung dalam politik yang mengkudakan dusta, kezaliman, pengkhianatan dan tipu daya. Maka ramailah orang yang memperjuangkan Islam secara ikhlas termakan akan dakyah ini sehingga ada yang terkeliru dengan politik itu sendiri. Maka wujudlah orang yang memperjuangkan dakwah semata-mata, juga ada yang risau hanya memikirkan akan keadaan umat tanpa solusi yang berkesan, sekadar risau dan sentiasa bertaqarrub kepada Allah, malah ada yang memikirkan diri sendiri dan ibadahnya sahaja. Ketahuilah, propaganda itu merupakan kebenaran yang digunakan untuk kebatilan. Tidak dapat tidak, Islam tidak boleh dipisahkan daripada politik!

Skop politik Islam sangat luas dan yang perlu difahami adalah asas prinsip agama Islam adalah bertunjangkan al-Quran dan hadis. Tauhid menjadi perkara asas yang terpenting dalam mengaturkan pentadbiran dan pengurusan sesebuah Negara Islam. Tidak perlu timbul sebenarnya persoalan “Politikkan Islam?” kerana politik itu adalah sebahagian daripada Islam itu sendiri. Apa pon yang diperlakukan, hendaklah jelas bahawa tujuan asal politik tetap berteraskan kepada satu arah yakni Allah S.W.T dalam mentadbir dan menguruskan gelagat manusia. Sama-sama kita muhasabah diri kita dan insyaAllah kita berjaya mengubah persepsi kita terhadap erti kata politik itu sendiri. Sekian.

Demokrasi Vs Syura


Dalam dunia globalisasi yang penuh maju kini, pelbagai istilah baru dan unik yang timbul juga untuk menunjukkan kemajuan intelek pemikiran manusia dan ketamadunan. Pelbagai sistem yang digunakan di negara-negara maju bagi memastikan negara berada dalam keadaan yang terbaik. Namun, sedar atau tidak manusia hanya bergantung kepada akal pemikiran manusia semata-mata tanpa menyandarkan kepada Ilah yakni Tuhan Pencipta Alam. Banyak sistem yang berbentuk ‘isme’ yang dilahirkan cerdik pandai manusia yang mana setiap sistem ini ada kelebihan dan keburukan masing-masing. Nasionalisme, komunisme, darwanime, sosialime, sekularisme, dan sebagainya yang diasaskan oleh kerana persekitaran yang memaksa juga untuk menguntungkan hanya sebelah pihak semata adalah contoh yang berada di depan mata kita dan masih banyak sistem yang saya nukilkan tadi masih lagi digunakan di negara-negara membangun terutamanya di negara dunia ketiga.

Walaubagaimana pun, sebenarnya 1400 tahun yang lalu telah turun kalam Tuhan Semesta Alam melalui perantaraan malaikat Jibril kepada manusia paling mulia Nabi Muhamad S.A.W,  memberi panduan kepada sekalian manusia yang mana kalam ini menerangkan kepada manusia seluruhnya akan aturan dan perundangan di dunia ini secara lengkap. Namun pada hari ini ke mana perginya perundangan ini?! Sebagai umat Islam, kita dalam diam mengetahui bahawa setiap sistem selain sistem yang diturunkan Allah tidak menyeluruh lagi sesat malah menyesatkan. Ada yang mengatakan perundangan Islam 1400 tahun dahulu tidak lagi relevan digunakan di zaman moden. Ini adalah kata-kata yang dusta tanpa hujah yang konkrit dan sama sekali tidak berakar tunjang. Malahan tuduhan melulu sebegitu hanyalah pandangan yang bersifat peribadi dan menunjukkan betapa orang yang menghamburkan kata-kata itu tidak mengerti Islam dengan sebenar-benarnya.  Keluasan dan keterbukaan Islam terhadap kemajuan dan idea sofistikated berasaskan akal fikiran adalah amat jelas, kerana keadaan pada masa dahulu tidak mungkin sama dengan persekitaran hari ini. Namun, kita perlu mengambil dasar yang telah digaris sejak awal dahulu untuk dipraktikkan dalam perundangan hari ini.

Mutakhir ini, ada bisik-bisik yang mengatakan bahawa sistem Islam telah kembali wujud. Ada yang mendakwa bahawa dalam tidak sedar sistem Islam telah kembali digunakan dalam perundangan negara. Malah ramai cendiakawan juga cerdik pandai yang mengatakan bahawa sistem demokrasi adalah jelmaan semula sistem syura yang telah lama digunakan oleh umat Islam. Namanya mungkin berbeda namun tidak dapat tidak penggunaanya adalah persis. Demikian hujah mereka ini. Malah ada juga beberapa pemimpin yang mengaku dirinya Islam bangkit menyetujui akan hal ini malah mempertahankan sistem ini dengan lantangnya. Ramai yang bersorak gembira dengan sistem ini lantaran keterbukaannya kepada semua pihak, yang mana semua orang dapat meluahkan apa yang diyakini benar juga apa yang sepatutnya batil. Benarkah sistem demokrasi boleh kita samakan dengan sistem syura? Mari kita lihat dengan lebih dekat kedua-dua sistem ini.

Demokrasi pada asasnya adalah sistem yang mengambil suara majoriti dalam masyarakat sebagai jawaban kepada penyelesaian manakala syura adalah terbatas kepada perkara-perkara yang tidak ditentukan Ilah melalui wahyu, dan tertakluk kepada tiadanya percanggahan dengan al-Quran, hadis serta ijmak dan tidak bercanggah dengan kaedah syariah juga usulnya. Hal ini menunjukkan sistem demokrasi dan syura, perbezaannya bagaikan langit dan bumi. Jarak perbezaannya sangat luas dan dapat dilihat dengan perkara yang akan saya nukilkan.

Pertama, suara majoriti boleh menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah S.W.T seperti zina, maksiat, kahwin sesama lelaki juga arak. Malah, ia boleh mengharamkan apa yang telah dihalalkan seperti poligami, pemakaian tudung dan jilbab dan lain-lain lagi. Demokrasi adalah bebas melampaui hukum Allah. Sistem syura bukan melalui suara majoriti.

Keduanya, anggota majlis syura terdiri daripada orang Islam yang adil, ilmuwan, ahli fikir, pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan. Sistem demokrasi pula bercampur aduk antara yang alim dengan yang jahil, antara yang bijaksana dengan yang bodoh. Pelakon dan penari dan sesiapa sahaja yang Berjaya menarik para pengundi untuk mengundinya. Mereka inilah yang menentukan hala tuju perundangan sama ada menghalalkan atau mengharamkan sesuatu.

Yang ketiga, dalam sistem syura sesuatu kebenaran itu bukanlah melalui suara majoriti sepertimana firman Allah :

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah” Surah al-An’am ayat 116

Bahkan kebenaran itu ditentukan berasaskan dalil, hujah dengan mengambil kira usul syariah dan kepentingan awam. Sementara penggunaan suara majoriti dalam system demokrasi menyelesaikan masalah tanpa mengambil kira hujah syariah dan bukti-bukti akal.

Saya kira cukup penting untuk kita sebagai orang yang mengaku sebagai muslim mengetahui akan hal ini dan tidak terpedaya dengan dakyah sesetengah pihak yang menyamakan sistem demokrasi dengan sistem syura kerana yang pasti lagi jelas kedua-dua sistem ini adalah dua perkara yang sangat berbeda dan tidak boleh disamakan. Tiada sistem yang selayaknya kecuali sistem yang ditentukan oleh Allah dan dengan penuh harapan kita mengharapkan sistem Allah akan segera tertegak di negara yang kita cintai ini. Yang Hak pasti tertegak benar, yang batil sama-sama kita perangi..InsyaAllah.

Monday, September 27, 2010

Ade Satu Celita


Hai, boleh sayer kenal..sayer tertarik dengan perwatakan sopan awak, da lamer sayer perhati awk, awk budak baik & tertarik ngan tudung labuh awk……sayer harap kiter boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kater… sayer x pandai sangat arab… 

Terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak…

Ingat tau, keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak… kuar ngan kekawan tau, balik kontek.. sayer doakan awk... 

Awak, nape x kontek sayer, sayer risau awak kuar lelamer…ye...sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner, kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jer kan…tp sayer rase awk mcm berada depn sayer…

mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau... tp sayer tau awak cinta sayer… awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan… hehehe…tq. ..sayer cinta awk…

Awak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk? Awak, dari kawan kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer..sayer teringin gak nak jadi mcm kawan sebilik sayer nie, panggil sayang… bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer…tq sayang…

Yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe… yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk…

Yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer…
yang, sayer harap ayang & sayer x der rahsia lg…jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan… so, jangan risau k, yer… sayer akan jaga rahsia kiter… just msg je kan…

Ayang dah lamer kiter msg, boleh x kite jumper? yer… ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang…
Tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da... abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..
Ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh…. 

Ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayang x cantik, just makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k…

Ayang, abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi… abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per…makin la tebal cinta abg kat ayang..

Ayang suker jumper abg?tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,…yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan…yang, abg suker tngk mater ayang, malu-malu lak dier,,,ayang td cantik…

Tq jumper td,ayang cantik… abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg…. tq…. tengk kwn ayang n kawan abg mcm melekat jer… senang la kiter jumper… tengk, Allah memberkati kiter…ayang da solat? doakan abg sekali k…

Ayang, just nak tanyer… ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer? 50% je…yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir..
Td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu…yang, bg lah gmbr ayang special untuk abg pakai tudung 2…cantiknyer ayang…gmbr nie abg wat wallpaper hp…

Ayang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! I love u sayang….

Ayang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg…tq paham abg…
kater ayang cintakan abg sepenuh hati… kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang......
-----------------------------------------------------------------------
Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca
perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum.

Senyum...
tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. 

  
Senyum...
bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis
yang berada di dalam diri kita semua.
Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh
individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah.,

Menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas
kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak!
Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses
merosakkan masa depan seorang Islam. Setelah barangkali melakukan
istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan
melepaskan akidah Islam bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta!

Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms ’selamat berjuang’ daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman di kala hadir ke program. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta! 

Sedarlah..........ada cinta agung yang perlu dicari dahulu..Cinta yang tidak pernah mengecewakan sesiapa pon yang mencarinya!! Itulah.........Cinta Ilahi.

Kisah Ashabul Ukhdud

Kisah ini sangat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan kepada pemuda-pemudi Islam zaman ini kerana ia mengisahkan seorang pemuda yang berani kerana Allah s.w.t, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun. Ilmu yang benar akan memimpin kita kepada Allah s.w.t, dan ini lah yang di ajarkan oleh pendeta (ahli Ibadat) sedangkan ilmu yang diajarkan oleh ahli sihir istana adalah bathil semata-mata. Tawaqqal dan berserahnya pemuda itu kepada Allah s.w.t menyebabkan bukan sahaja dia seorang, malah keseluruhan rakyat mendapat hidayah dan beriman kepada Allah s.w.t. Kita dapat mengikuti kisah pemuda ini tertera dalam Surah Al-Buruj dan diterangkan dengan jelas oleh Nabi kita Muhammad s.a.w dalm hadith baginda seperti berikut :

Shuhaib bin Simaan Arrmmi ra. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, karena itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir"

Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta.

Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.

Maka berjalan beberapa lama kemudian itu, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, mendadak (tiba-tiba) di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang (ramai) tidak berani jalan di tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa "Ya Allah jika ajaran pendita itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini".Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang ramai gembira karena telah dapat lalu lintas di jalan itu.

Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendita), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Anda kini telah afdhat (pesan) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku". Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang.

Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta karena sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".

Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mahu beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".

Maka langsung dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t.

Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja
"Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu"

Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)".
Raja bertanya: "Aku?".

Jawabnya "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu iaitu Allah".
Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?"
Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu ialah Allah".

Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu.

Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit"

Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla".

Raja itu pun bertanya "Adakah aku?",

"Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu

"Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?"

Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah".

Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.

Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama Islam), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya pergi ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga mereka berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya:

"Manakah orang-orang yang membawamu?".

Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".

Lalu pemuda itu diperintah untuk membawanya ke laut dan naik perahu, bila telah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mau mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma ikfinihim bimaa syi'ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja.

Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?"

Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka".

Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku"

Raja bertanya: "Apakah perintahmu?"

Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu anda ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaarn (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku". Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)". Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya lentang agamanya, jika ia telap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Maka adanya orang berbaris-baris dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang mengendong bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak.

(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa'i)

Sunday, August 1, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah yang Jarang Didengari


Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email daripada sahabat dari Arab Saudi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan dikongsi bersama anda semua…

Penghormatan kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…

..Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam. 

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…  

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.
 Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
 Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Tuesday, July 27, 2010

Indahnya Islam

Tema keindahan Islam sangat luas, panjang lebar sulit untuk diringkas dengan bilangan waktu yang tersisa. Sebelumnya, yang perlu kita ketahui adalah firman Allah.

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ            
“Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Qs. Ali Imran: 19)

Juga firman-Nya.
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِيناً فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ
“Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima.” (Qs. Ali Imran: 85)

Jadi, agama yang dibawa oleh para nabi dan menjadi sebab Allah mengutus para rasul adalah dienul Islam. Allah mengutus para rasul untuk mengajak agar orang kembali kepada Allah. Para rasul datang untuk memperkenalkan Allah. Barang siapa mentaati mereka, maka para rasul akan memberikan khabar gembira kepadanya. Adapun orang yang menentangnya, maka para rasul akan menjadi peringatan baginya. Para rasul diperintahkan untuk menegakkan agama di dunia ini.

Allah berfirman.
شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ
“Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, yaitu ‘Tegakkan agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.’ Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)Nya orang yang kembali (kepada)-Nya.” (Qs. Asy-Syura: 13)

Islam adalah agama yang dipilih Allah untuk makhluk-Nya. Agama yang dibawa Nabi merupakan agama yang paripurna. Allah tidak akan menerima agama selainnya. Jadi agama ini adalah agama penutup, yang dicintai dan diridhaiNya

Sebagian ahli ilmu mengatakan, Sebelumnya aku mengira bahwa orang yang bertaubat kepada Allah, maka Allah akan menerima taubatnya. Dan orang yang meredhai Allah, niscaya Allah akan meredhainya. Dan barangsiapa yang mencintai Allah, nescaya Allah akan mencintainya. Setelah kita membaca Kitabullah barulah kita mengetahui bahwa kecintaan Allah mendahului kecintaan hamba pada-Nya dengan dasar ayat,

يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ
“Dia mencintai mereka dan mereka mencitai-Nya.” (Qs. Al Maaidah: 54)

Ridha Allah kepada hambaNya mendahului ridha hamba kepada-Nya dengan dasar ayat,
رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ
“Allah meridhoi mereka dan mereka meridhoi-Nya.” (Qs. At-Taubah: 100)

Dan kita mengetahui bahwa penerimaan taubat dari Allah, mendahului taubat seorang hamba kepada-Nya dengan dasar ayat,

ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُواْ إِنَّ
“Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya.” (Qs. At-Taubah: 118)

Demikianlah, bila Allah mencintai seorang manusia, maka Dia akan melapangkan dadanya untuk Islam. Dalam Shahihain, dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah bersabda. “Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya. Tidak ada seorang Yahudi dan Nasrani yang mendengarku dan tidak beriman kepadaku, kecuali surga akan haram buat dirinya.” (Hadits Riwayat Muslim)

Kerana itu, agama yang diterima Allah adalah Islam. Umat Islam harus menjadikannya sebagai kendaraan. Persatuan harus bertumpu pada tauhid dan syahadatain. Islam agama Allah. Kekuatannya terletak pada Islam itu sendiri. Allah menjamin penjagaan terhadapnya.

Allah berfirman,
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Qs. Al-Hijr: 9)

Sedangkan agama selainnya, jaminan ada di tangan tokoh-tokoh agamanya.

Allah berfirman.
بِمَا اسْتُحْفِظُواْ مِن كِتَابِ اللّهِ
“Disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab.” (Qs. Al Maaidah: 44)

Kalau mereka tidak menjaganya, maka akan berubah. Ia bagaikan sesuatu yang mati. Harus digotong. Tidak dapat menyebar, kecuali dengan dorongan sekian banyak materi. Sedangkan Islam pasti tetap akan terjaga. Karena itu, masa depan ada di tangan Islam. Islam pasti menyebar ke seantero dunia. Allah telah menjelaskannya dalam Al Quran, demikian juga Nabi dalam Sunnahnya. Kesempatan kali ini cukup sempit, tidak memungkinkan untuk menyebutkan seluruh dalil. Tapi saya ingin mengutip sebuah ayat.

مَن كَانَ يَظُنُّ أَن لَّن يَنصُرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ فَلْيَمْدُدْ بِسَبَبٍ إِلَى السَّمَاء ثُمَّ لِيَقْطَعْ فَلْيَنظُرْ هَلْ يُذْهِبَنَّ كَيْدُهُ مَا يَغِيظُ
“Barang siapa yang menyangka bahwa Allah sekali-kali tidak menolongnya (Muhammad) di dunia dan akhirat, maka hendaklah ia merentangkan tali ke langit, kemudian hendaklah ia melaluinya kemudian hendaklah ia pikirkan apakah tipu dayanya itu dapat melenyapkan apa yang menyakitkan hatinya.” (Qs. Al-Hajj: 15)

Dalam Musnad Imam Ahmad dari sahabat Abdullah bin Amr, kami bertanya kepada Nabi, “Kota manakah yang akan pertama kali ditaklukkan? Konstantinopel (di Turki) atau Rumiyyah (Roma)?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Konstantinopel-lah yang akan ditaklukkan pertama kali, kemudian disusul Rumiyyah.” Yaitu Roma yang terletak di Italia. Islam pasti akan meluas di seluruh penjuru dunia. Pasalnya, Islam bagaikan pohon besar yang hidup lagi kuat, akarnya menyebar sepanjang sejarah semenjak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Al-Quran kalamullah
Islam adalah agama (yang sesuai dengan) fitrah. Kalau anda ditanya, bagaimana engkau mengetahui Robb-mu. Jangan engkau jawab, “dengan akalku,” tapi jawablah, “dengan fitrahku.” Oleh karena itu, ketika ada seorang atheis yang mendatangi Abu Hanifah dan meminta dalil bahwa Allah adalah Haq (benar), maka beliau menjawab dengan dalil fitrah. “Apakah engkau pernah naik kapal dan ombak mempermainkan kapalmu?” Ia menjawab, “Pernah.” (Abu Hanifah bertanya lagi), “Apakah engkau merasa akan tenggelam?” Jawabnya, “Ya.” “Apakah engkau meyakini ada kekuatan yang akan menyelamatkanmu?” “Ya,” jawabnya. “Itulah fitrah yang telah diciptakan dalam dirimu. Kekuatan ada dalam dirimu itulah kekuatan fitrah Allah. Manusia mengenal Allah dengan fitrahnya. Fitrah ini terkandung dalam dada setiap insan. Dasarnya hadits Muttafaq ‘Alaih. Nabi bersabda: “Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nashrani atau Majusi.”

Akal itu sendiri bisa mengetahui bahwa Allah adalah Al-Haq. Namun ia secara mandiri tidak akan mampu mengetahui apa yang dicintai dan diridhoi Allah. Apakah mungkin akal semata saja dapat mengetahui bahwa Allah mencintai sholat lima waktu, haji, puasa di bulan tertentu? Kerana itu, fitrah itu perlu dipupuk dengan gizi yang berasal dari wahyu yang diwahyukan kepada para nabi-Nya.

Sekali lagi, nikmat dan anugerah paling besar yang diterima seorang hamba dari Allah ialah bahwa Allah-lah yang memberikan jaminan untuk menetapkan syariat-Nya. Dialah yang menjelaskan apa yang dicintai dan diridhaiNya. Inilah nikmat terbesar dari Allah kepada hamba-Nya. Bila ada orang yang beranggapan ada kebaikan dengan keluar dari garis ini dan mengikuti hawa nafsunya, maka ia telah keliru. Sebab kebaikan yang hakiki dalam kehidupan ini maupun kehidupan nanti hanyalah dengan menaati seluruh yang datang dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Syariat Islam datang untuk menjaga lima perkara. Allah telah mensyariatkan banyak hal untuk menegaskan penjagaan ini. Islam datang untuk menjaga agama. Kerana itu, Allah mengharamkan syirik, baik yang berupa thawaf di kuburan, istighatsah kepada orang yang dikubur serta segala hal yang bisa menjerumuskan ke dalam syirik, dan mengharamkan untuk mengarahkan ibadah, apapun bentuknya, (baik) secara zahir maupun batin kepada selain Allah. Oleh sebab itu, kita harus memahami makna ringkas syahadatain yang kita ucapkan.
Syahadat “Laa Ilaaha Illa Allah”, maknanya: tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah, ibadah hanya milik Allah. Ini bagian dari pesona agama kita. Allah mengharamkan akal, hati dan fitrah untuk melakukan peribadatan dan istijabah (ketaatan mutlak) kepada selain-Nya. Sedangkan makna syahadat “Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”, (yakni) tidak ada orang yang berhak diikuti kecuali Muhammad Rasulullah. Kita tidak boleh mengikuti rasio, tradisi atau kelompok jika menyalahi Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah. Maka seorang muslim, di samping tidak beribadah kecuali kepada Allah, juga tidak mengikuti ajaran kecuali ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia tidak mengikuti ra’yu keluarga, ra’yu kelompok, ra’yu jama’ah, ra’yu tradisi dan lain-lain jika menyalahi Al Quran dan Sunnah.

Dakwah Salafiyah yang kita dakwahkan ini adalah dinullah yang suci dan murni, yang diturunkan oleh Allah pada kalbu Nabi. Jadi dalam berdakwah, kita tidak mengajak orang untuk mengikuti kelompok ataupun individu. Tetapi mengajak untuk kembali kepada Al Quran dan Sunnah. Namun, memang telah timbul dakhon (kekeruhan) dan tumbuh bid’ah. Sehingga kita harus menguasai ilmu syar’i. Kita beramal (dengan) meneladani ungkapan Imam Malik, dan ini, juga perkataan Imam Syafi’i, “Setiap orang boleh diambil perkataannya atau ditolak, kecuali pemilik kubur ini, yaitu Rasulullah.

Agama datang untuk menjaga lima perkara. Penjagaan agama dengan mengharamkan syirik dan segala sesuatu yang menimbulkan akses ke sana. Kemudian penjagaan terhadap badan dengan mengharamkan pembunuhan dan gangguan kepada orang lain. Juga datang untuk memelihara akal dengan mengharamkan khamar, minuman keras, candu dan rokok. Datang untuk menjaga kehormatan dengan mengharamkan zina, percampuran nasab dan ikhtilath (pergaulan bebas). Juga menjaga harta dengan mengharamkan perbuatan tabdzir (pemborosan) dan gaya hidup hedonisme. Penjagaan terhadap kelima perkara ini termasuk bagian dari indahnya agama kita. Syariat telah datang untuk memerintahkan penjagaan terhadap semua ini. Dan masih banyak perkara yang digariskan Islam, namun tidak mungkin kita paparkan sekarang.

Syariat telah merangkum seluruh amal shahih mulai dari syahadat hingga menyingkirkan gangguan dari jalan. Karena itu tolonglah jawab, kalau menyingkirkan gangguan dari jalan termasuk bagian dari keimanan, bagaimana mungkin agama memerintahkan untuk mengganggu orang lain, melakukan pembunuhan dan peledakan? Jadi, ini sebenarnya sebuah intervensi pemikiran asing atas agama kita. Semoga Allah memberkahi waktu kita, dan mengaruniakan kepada kita pemahaman terhadap Kitabullah dan Sunnah Nabi dengan lurus. Dan semoga Allah memberi tambahan karunia-Nya kepada kita. Akhirnya, kami ucapkan alhamdulillah Rabbil ‘Alamin.

[Diambil dari situs almanhaj.or.id yang disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 11/Tahun VIII/1425H/2005M rubrik Liputan Khusus yang diangkat dari ceramah Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman Tanggal 5 Desember 2004 di Masjid Istiqlal Jakarta.

Penulis: Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman hafizhahullah