Monday, May 10, 2010

Al Quran : ciri-ciri sensor pada kulit


Dr. Tagata Tagasone: Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasool Allah !
Lelaki ini telah mengucap syahadah Islam dan mengisytiharkan bahawa dia menjadi muslim. Ini berlaku semasa Konferen Perubatan Saudi ke Lapan yang berlangsung di Riyadh. Dia ialah Professor Tagata Tagasone, bekas Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di University of Shiang Mai di Thailand. Dia sekarang ialah Dekan di Kolej Perubatan di universiti tersebut.

Kami telah memperlihatkan kepada Profesor Tagasone beberapa ayat suci AlQuran dan hadith-hadith nabi yang berkenaan dengan pengkhususannya dalam bidang anatomi. Dia memberi komen bahawa mereka juga mempunyai kitab Buddha dengan penerangan yang tepat tentang peringkat perkembangan embrio. Kami beritahunya bahawa kami amat berminat untuk melihat keterangan-keterangan itu dan mempelajari kitab tersebut. Setahun kemudian, Professor Tagasone datang ke Universiti King Abdul Aziz sebagai penguji luaran. Kami mengingatkannya tentang kenyataan yang dia buat setahun sebelumnya, tetapi dia memohon maaf dan mengatakan sebenarnya dia membuat kenyataan itu sebelum benar-benar pasti. Bagaimana pun setelah dia menyemak kitab Buddha, dia mendapati bahawa ianya tidak ada apa-apa yang berkaitan dengan subjek itu.

Sejak itu kami memperkenalkannya kepada satu kajian yang ditulis oleh Professor Keith Moore tentang keserasian embriologi moden dengan apa yang terkandung dalam AlQuran dan Assunnah dan kami bertanya kepada Professor Tagasone sama ada dia mengenali Professor Keith Moore. Dia menjawab bahawa sudah tentu dia mengenalinya , sambil menambah bahawa Professor Moore ialah salah seorang saintis yang dikenali dunia dalam bidangnya. 

Apabila Professor Tagasone membaca artikel itu, dia agak terperanjat besar. Kami bertanya kepadanya beberapa soalan berkenaan dengan bidang pengkhususannya. Salah satu soalan yang berkaitan dengan penemuan moden dalam dermatologi tentang ciri-ciri sensor (perasa) pada kulit. 
Dr Tagasone memberi respon : Ya jika kebakaran sudah terlalu dalam.

Telah diterangkan kepada Dr Tagasone: Anda mesti berminat untuk mengetahui bahawa dalam kitab ini, iaitu kitab suci AlQuran, ada satu rujukan dari 1400 tahun yang lalu yang mana merujuk kepada keadaan semasa pembalasan terhadap orang kafir dengan api neraka yang telah dinyatakan bahawa apabila kulit telah musnah maka Allah akan mencipta kulit yang baru pada mereka yang mana  mereka akan merasa pembalasan dengan api neraka, menandakan suatu pengetahuan tentang berakhirnya saraf merasa dalam kulit, dan ayat itu ialah;

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  Surah An nisaa’ : Ayat 56
Maka adakah anda setuju bahawa rujukan ini adalah pentingnya berakhir saraf perasa dalam deria kulit , 1400 tahun yang lalu?
Dr Tagasone memberi respon : Ya saya setuju. Pengetahuan ini tentang deria sudah lama rupanya. Kerana ia mengatakan jika seseorang melakukan kesalahan, kemudian ia akan dibalas dengan membakar kulitnya dan kemudian Allah akan menukarkan kulit yang baru untuknya, menyalutinya, untuk membuatkannya tahu bahawa siksaan itu sungguh sakit lagi. Ini bermakna mereka telah mengetahuinya banyak tahun yang lalu bahawa reseptor deria sakit mesti ada pada kulit , maka mereka letak kulit lagi.

Kulit adalah pusat sensitiviti terhadap kebakaran. Maka jika kulit mengalami kebakaran menyeluruh maka ia kehilangan sensitivitinya. Kerana sebab ini lah Allah akan menghukum orang-orang kafir pada hari pembalasan dengan mengembalikan kepada mereka kulit mereka dari semasa ke semasa,  kerana Dia Yang Maha Mulia dan Maha Agung, berkata dalam Quran , “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  Surah An nisaa’ : Ayat 56

Kami bertanya kepadanya soalan seterusnya. Adakah mungkin ayat-ayat ini datang kepada Muhammad S.a.w  daripada sumber manusia lain?

Professor Tagasone mengakui bahawa ianya tidak mungkin datang dari sumber manusia. Tetapi dia masih bertanya tentang sumber pengetahuan itu dan dari mana Nabi Muhammad S.a.w memperolehinya. 
Kami berkata, “Dari Allah Yang maha Agung dan Maha Mulia”. Kemudian dia bertanya, “Tetapi siapa itu Allah?” Kami membalas , “Dia adalah pencipta segala sesuatu yang wujud. Jika anda menemui kebijaksanaan maka ianya kerana ia datang dari Yang maha Bijaksana. Jika anda menemui pengetahuan tentang penciptaan alam ini, ianya kerana alam ini adalah ciptaan pencipta Yang memiliki segala pengetahuan.  Jika anda menemui kesempurnaan dalam komposisi ciptaan ini, maka ia adalah bukti kepada anda bahawa ianya adalah ciptaan Dia Yang Maha Mengetahui. Dan jika anda menemui kasihan belas, dan ianya bukti kepada fakta bahawa ianya adalah ciptaan Yang Maha Mengasihani. Dalam cara yang sama, jika anda menerima bahawa ciptaan ini terpulang kepada satu arahan yang satu terikat kukuh bersama, maka ini adalah bukti bahawa ianya adalah ciptaan satu-satunya pencipta , Yang maha Agung lagi Maha Mulia.

“Al Qur′an ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam. Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al Qur′an setelah beberapa waktu lagi.” Surah Shaad : Ayat 87-88

***Source : Islamway.com

Sunday, May 9, 2010

Hacker menjual 1.5 juta maklumat login pengguna Facebook

Seorang hacker / penggodam telah menempatkan 1.5 juta maklumat login akaun Facebook yang dicuri untuk jualan di pasaran gelap, sebuah syarikat keselamatan internet telah mendakwa.

Peneliti di VeriSign's iDefense Labs mengatakan mereka telah menemui akaun yang dicuri atau palsu dalam sebuah forum orang Russia yang disebut Carder.su.

Hacker yang disebut 'kirllos' itu menawarkan login data dari ribuan pengguna Facebook dengan harga dasar murah.

Kumpulan dari 1,000 akaun dengan 10 atau lebih sedikit teman-teman di jual hanya $25 akaun dengan lebih daripada 10 kawan boleh dibeli sebanyak $45.

Pengarah iDefense iaitu Rick Howard berkata, kes tertumpu dalam perdagangan haram akaun rangkaian sosial dari Eropah Timur ke AS.

Penjahat biasanya mencuri data dengan teknik 'phishing' yang mengelabui pengguna agar memberikan password mereka, atau dengan malware yang masuk membaca keystrokes / tekanan pada keyboard komputer.

Akaun kemudiannya boleh dibajak untuk menghantar spam dan program jahat. Maklumat peribadi termasuk tarikh lahir, alamat dan nombor telefon yang boleh digunakan untuk melakukan penipuan identiti.

Facebook mempunyai pasukan keselamatan yang memantau laman rangkaian sosial untuk kegiatan yang mencurigakan, seperti permintaan banyak teman dalam waktu singkat dan tahap kualiti permintaan teman yang diabaikan.

Pengguna yang takut akaun mereka telah di hack juga boleh melaporkan perkara tersebut melalui Help Center / Pusat Bantuan.

Friday, May 7, 2010

1 Malaysia vs 1 Indonesia


Kita telah melihat pelbagai perubahan suasana pemerintahan di Malaysia apabila pemerintah tertinggi di Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 , Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih tampuk kepimpinan negara dari mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perkara yang paling popular tentunya mengenai gagasan 1 Malaysia.
Gagasan ini dilihat sebagai suatu usaha untuk mengembalikan usahasama rakyat untuk menjadikan bumi Malaysia sebagai tanah yang harmoni dan tenang. Motif pelaksanaan modul ini juga dilihat bagi menyatukan semua kaum di Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya terutama dalam melakukan satu-satu perancangan negara. Saya melihat gagasan ini amat hebat dan boleh menjalin baik hubungan antara kaum. Tidak saya nafikan hubungan antara kaum di Malaysia bukanlah tidak baik, namun akhir-akhir ini pelbagai isu panas yang timbul yang mungkin boleh mencetuskan huru-hara di Malaysia. Jadi suatu usaha yang amat murni telah ditunjukkan oleh Yang amat Berhormat Perdana Menteri.
Namun, baru-baru ini Ketua Umum Pakatan Rakyat telah mengusulkan sesuatu yang menggemparkan mengenai APCO World Wide dan kaitannya dengan Malaysia. APCO merupakan syarikat  yang melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada kerajaan persekutuan secara menyeluruh juga disarankan untuk menjayakan program untuk mempromosikan dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. Skop tugas APCO ini dinyatakan sendiri oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri. Permasalahan yang dibangkitkankan Anwar Ibrahim adalah berkaitan dengan isu keselamatan negara dan perkaitan APCO dengan Zionis Isreal. Hal ini sangat menggemparkan dan memeranjatkan; namun lagi mengejutkan apabila isu ini tidak dikeluarkan di muka-muka hadapan surat khabar utama di Malaysia, seolah-olah isu ini merupakan isu remeh dan sampingan.

Di sini suka untuk saya mengetengahkan ayat-ayat suci dari Allah S.W.T mengenai betapa pentingnya kita mengambil sikap berjaga-jaga dalam menjalankan kolaborasi dengan orang-orang bukan Islam terutamanya mereka yang jelas menentang Islam. Dalam Al-Quran adamenyatakan "Jgnlh orang2 beriman mengambil orang-orang kafir sebagai awliya’ (sahabat baik atau pemimpin)"; surah Ali ‘Imran ayat 28 dan "Jangan kamu ambil orang-orang yahudi dan nasrani sebagai awliya’, sesiapa yang berwala’ kepada mereka, maka sesunggungnya ia dari kalangan mereka"; surah al-Mai’dah ayat 51. Dan terdapat banyak lagi peringatan dari Allah mengenai hubungan antara muslim dengan orang-orang kafir namun tidak saya senaraikan di sini.

Lihatlah peringatan Allah kepada kita mengenai hubungan kita dengan orang-orang kafir. Bukanlah bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan mereka tetapi harus dikawal dan adanya sifat berhati-hati dalam setiap tindakan kita. Jika benar APCO berkaitan dengan agen Israel, di mana kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh? Adakah ulama' yang dijadikan sandaran dalam membuat keputusan penting dalam kerajaan Malaysia? Saya melihat hal ini sebagai suatu yang amat serius. Sehingga sekarang tiada seorang pun menteri yang mampu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sememangnya APCO tiada kaitan dengan musuh Islam, Israel laknatullah.
Ketua Polis negara menyatakan hal ini telah lama disiasat dan masih dalam proses siasatan serta menambah bahawa hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya melihat perkara ini amat serius apabila dikatakan bahawa APCO mungkin bergerak dan masuk ke dalam PDRM Malaysia kerana hal ini sememangnya akan mendedahkan sistem keselamatan di Malaysia. Satu penyiasatan bebas perlu dijalankan bagi membuktikan tiada sebarang pembabitan APCO dengan isu keselamatan negara Malaysia.
Berbalik kepada gagasan 1 Malaysia, saya melihat satu usaha positif kerajaan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap komitmen pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, sedang saya melayari laman web mengenai 1 Malaysia, saya dikejutkan dengan Piagam 1 Indonesia. Bingung saya melihat gagasan yang dibawakan oleh Indonesia ini. Adakah hal ini sekadar kebetulan atau Indonesia meniru Malaysia, atau ada perkara yang lebih besar disebaliknya? 1 Indonesia menggunakan slogan “Masyarakat dahulukan, Pencapaian Utamakan”. Hal ini bukanlah suatu ciptaan untuk memburukkan 1 Malaysia kerana isu ini boleh dilayari di http://www.krjogja.com.
 Slogan ini amat mirip dengan slogan di Malaysia iaitu “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Persamaan antara Malaysia dan Indonesia adalah kedua-duanya mengunakan khidmat APCO World Wide dalam mempromosikan negara. Jadi persoalannya, adakah APCO berperanan dalam merancang dan menjayakan idea 1 Malaysia dan 1 Indonesia? Hal ini amat membimbangkan jika terbukti gagasan ini direka cipta oleh APCO World Wide. Di Malaysia, pihak APCO semahu-mahunya menafikan pengterlibatannya dalam gagasan baru ini dengan menyatakan tarikh keterlibatannya dengan kerajaan Malaysia adalah selepas konsep 1 Malaysia  diperkenalkan.
Sejauh mana kebenarannya? Hal ini yang perlu kita kaji selidik. Mengapa saya menyatakan bahawa jika benar APCO terlibat dalam gagasan baru ini; ianya amat menggusarkan? Kerana syarikat APCO merupakan sebuah syarikat yang menggunakan khidmat ramai orang-orang genius Israel yang berkepentingan dan banyak merancang untuk menjatuhkan negara-negara Islam. Hal ini jauh lebih penting melangkaui isu politik sempit Malaysia semata-mata.
 Terdapat pelbagai fakta yang boleh mengaitkan APCO dengan dengan individu-individu yang berkaitan dengan Israel. Sekiranya benar 1 Malaysia dan 1 Indonesia adalah cetusan idea pihak APCO World Wide maka sudah pasti hal ini ‘ada udang disebalik batu’ dan boleh disamakan dengan 1 Israel. Sekiranya Malaysia dan Indonesia mula membenarkan idea dari pihak luar untuk menyusun gerak kerja di negara masing-masing, hal ini amat membimbangkan kerana pastinya pihak yang berkaitan dengan Israel ini tidak membantu dengan membabi buta semata-mata.
Pendedahan mengenai kaitan APCO dengan agen Israel insyaAllah akan saya teruskan dalam entri yang akan datang. Entri kali ini saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan beberapa persoalan ::
  • Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
  • Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
  • Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui    bahawa idea 1 Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
  • Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
  • Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1 Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?
  • Adakah gagasan ini merupakan konpirasi terancang oleh pihak Israel dan Zionis?


Thursday, May 6, 2010

Rahsia New World Order

Konsep New World Order telah dicetuskan dari zaman Raja Namrud di Babylon lagi. Kronologi di bawah ini hanyalah menyentuh tentang New World order dan Illuminati yang mula dipopularkan nama dan tujuannya bermula pada era moden.

1773 - Mayer Amschel Rothschild mengumpulkan dua belas daripada teman-temannya yang paling berpengaruh dan meyakinkan mereka bahawa jika mereka semua melonggokkan sumber mereka bersama-sama, mereka dapat menguasai dunia. Pertemuan ini berlangsung di Frankfurt, Jerman. Rothschild juga memberitahu kawan-kawannya bahawa dia telah menemui calon yang sempurna, seorang individu yang luar biasa kecerdasan dan kecerdikan, untuk memimpin organisasi yang telah dirancang - iaitu Adam Weishaupt.

1 Mei 1776 - Adam Weishaupt (nama kodnya Spartacus) membentuk sebuah kumpulan rahsia yang disebut 'Order of the Illuminati'. Weishaupt adalah Professor Hukum Kanon di Universiti Ingolstadt di Bavaria, bahagian dari Jerman. [Tarikh ini, 'May Day', adalah menjadi sangat penting bagi Komunis Soviet. Mereka mengadakan perayaan perarakan ketenteraan hari ini.] Illuminati berusaha untuk menubuhkan sebuah Tata Dunia Baru / New World Order. Tujuan mereka adalah sebagai berikut:

1) Penghapusan semua kerajaan yang memerintah
2) Penghapusan hak milik peribadi
3) Penghapusan warisan
4) Penghapusan patriotisme
5) Penghapusan daripada keluarga
6) Penghapusan agama
7) Penubuhan kerajaan dunia

Julai 1782 - The Order of the Illuminati telah bergabung tenaga dengan Freemasonry di Kongres Wilhelmsbad. Comte de Virieu, seorang peserta di persidangan, datang dengan kelihatan gementar. Ketika ditanya tentang "rahsia tragis" yang dia bawa pulang bersamanya, dia menjawab: "Saya tidak akan menceritakannya kepada anda. Saya hanya boleh mengatakan bahawa semua ini sangat jauh lebih serius daripada yang anda fikirkan." Dari kali ini, mengikut pengarang biografinya, "Comte de Virieu hanya boleh bercakap tentang Freemason dengan ketakutan."

1785 - Seorang pesuruh Illuminati bernama Lanze telah dipanah petir dan mati ketika menunggang kuda melalui bandar Ratisbon. Ketika para pegawai Bavaria menyemak isi beg pelana, mereka menemui keberadaan Ordo Illuminati dan menemui detail rencana Revolusi Perancis yang akan datang. Kerajaan Bavarian berusaha untuk memperingatkan kerajaan Perancis akan terjadinya bencana, namun kerajaan Perancis gagal untuk mengendahkan amaran ini. Pegawai-pegawai Bavaria berjaya menangkap ahli Illuminati yang dapat mereka temui, tetapi Weishaupt dan lain-lain telah melarikan diri di bawah tanah dan tidak dapat dijumpai.

11 Oktober 1785 - Pihak berkuasa Bavaria menyerbu rumah seorang ahli Illuminati bernama Von Zwack. Mereka menemui dokumen-dokumen Illuminati yang menunjukkan dengan jelas bahawa mereka bercadang untuk membawa tentang "revolusi sejagat yang harus menghadapi ancaman besar bagi masyarakat ... revolusi ini akan menjadi kerja kumpulan rahsia (secret societies), dan ianya adalah salah satu misteri yang sangat besar. "

 
1789 - Keganasan tercetus di Perancis. Revolusi Perancis tidak hanya mengguling kerajaan yang ada, tetapi juga berusaha untuk menghilangkan kekristianan daripada bangsa. Seorang pelacur setengah telanjang ditempatkan di atas altar Cathedral Notre Dame dan dimuji sebagai "Goddess of Reason." Pegawai-pegawai revolusioner bahkan menyingkirkan tujuh hari seminggu dan menggantikannya dengan sepuluh hari seminggu.

1796 - Freemason menjadi isu utama dalam pemilihan Presiden di Amerika Syarikat. John Adams memenangi pilihanraya dengan melawan Masonry, dan puteranya John Quincy Adams memberi amaran tentang ancaman mengerikan kepada bangsa yang ditimbulkan oleh Masonic Lodges: "Saya bersungguh-sungguh dan dengan tulus percaya bahawa Order of Freemasonry, kalau bukan yang terbesar, adalah salah satu daripada kejahatan moral dan politik terbesar ... "

1797 - John Robison, Profesor Sejarah Alam di Universiti Edinburgh di Scotland, menerbitkan sebuah buku berjudul "Proofs of a Conspiracy" / "Bukti-bukti dari konspirasi" di mana dia menunjukkan bahawa Adam Weishaupt telah berusaha untuk merekrutnya. Dia mendedahkan tujuan jahat Illuminati ke seluruh dunia.

1798 - George Washington mengakui bahawa aktiviti Illuminati telah datang ke Amerika: "Ini bukan maksud saya untuk meragui bahawa doktrin Illuminati dan prinsip-prinsip Jacobinism tidak menyebar di Amerika Syarikat. Sebaliknya, tidak ada orang yang lebih puas daripada fakta ini daripada saya."


1816 - Kongres mengizinkan selama 20 tahun piagam kepada Bank of the United States, bank Pusat peribadi untuk Amerika. [Perlembagaan telah memberikan Kongres "kuasa untuk mencetak wang dan menetapkan nilainya." Thomas Jefferson telah secara khusus memperingatkan rakyat Amerika terhadap menukar kekuatan ini untuk mencipta wang kepada kumpulan peribadi yang tidak terpilih dan tidak bertanggungjawab kepada awam: "Jika rakyat Amerika pernah membiarkan bank-bank swasta untuk mengawal masalah mata wang mereka, pertama-tama oleh inflasi dan kemudian oleh Deflasi, bank-bank dan syarikat-syarikat yang akan tumbuh di sekitar mereka akan merampas harta dari semua orang sampai anak-anak mereka membesar tanpa rumah dalam benua yang orang tua mereka tawan. "]

1821 - George WF Hegel merumuskan apa yang disebut dialektik Hegelian (Hegelian dialectic) - satu proses di mana tercapainya tujuan-tujuan Illuminati. Menurut dialektik Hegelian, tesis ditambah dengan antitesis sama dengan sintesis. Dengan kata lain, pertama-tama anda mencetuskan krisis. Lalu ada kemarahan awam yang sangat besar bahawa sesuatu harus dilakukan mengenai masalah ini. Jadi anda menawarkan penyelesaian yang membawa perubahan yang anda benar-benar mahukan semua bersama-sama, tetapi yang pasti orang tidak mahu menerima awalnya. (Sebuah contoh yang baik ialah pembunuhan di Dunblane dan Hungerford. Dalam kedua kes kemarahan awam didampingi oleh berlalunya undang-undang ketat senjata api baru di parlimen Inggeris, namun tetap tidak terjawab soalan serius tentang kedua insiden, Ed.)

1826 - William Morgan cuba untuk menerbitkan sebuah buku membongkar kelakuan-kelakuan salah dari Lodges Masonik. Sementara dia sedang dalam proses agar bukunya dicetak, dia menghilang secara misteri. [Tubuhnya ditemui di Tasik Ontario setahun kemudian.]
lagi pendedahan mengenai perancangan New World Order akan diteruskan pada entri yang seterusnya..InsyaAllah..

Wednesday, May 5, 2010

Simbol Korporat Illuminati : Automobil

Boleh dikatakan hampir semua syarikat-syarikat kenderaan automobil di dunia adalah milik Illuminati. Di bawah ini disenaraikan beberapa darinya dan perhatikan logo-logo mereka dengan teliti. Logo-logo yang mereka gunakan sesuai dengan aqidah atau pegangan mereka yang masih memuja dewa-dewi kuno sehingga kini.


Logo dengan bentuk mata satu
Mata satu adalah simbol yang paling popular yang digunakan oleh mereka. Mereka memuja sesuatu yang dikenali sebagai ‘the supreme being’ / ‘the All-Seeing Eye’.
 
 
 
                                                   The Eye of Horus
 
 
Ford
 
Toyota
Logo dengan bentuk perisai anti-kristus
 
Porsche
Ferrarri
 
Dodge – Siap ada kepala kambing di dalam bentuk perisai tersebut
 
Peugeot – Pernah menggunakan logo perisai, tetapi logo terbaru hanya singa berjalan
 
Lamborghini
 
Logo dengan bentuk planet SATURN
Saturn di dalam mitos Roman kuno  ialah DEWA / TUHAN PERTANIAN. Ibunya bernama Helen / Hel. Dia berkahwin dengan Ops. Anak-anaknya bernama Ceres, Jupiter, Veritas, Pluto, dan Neptune.  Orang-orang Greek memanggil Saturn sebagai Kronos.
 
Land Rover – Perhatikan di antara perkataan Land dan Rover, ada seperti gelang yang mengelilingi planet Saturn. Juga bentuk luaran dengan bentuk ellipse seperti mata.
 
Nissan
 
Datsun
 
Logo dengan bentuk sayap
Asalnya diambil dari simbol ‘the Winged Sun’ atau matahari bersayap. Ia kadang-kadang dikenali sebagai Behedeti, iaitu nama Horus (dewa Mesir kuno) anak kepada Isis.
 
Bentley
 
 Aston Martin

Logo dengan bentuk bintang
Bintang ada beberapa jenis yang digunakan oleh Illuminati. Dan masing-masing dengan maksud tertentu.
Subaru – Ada 6 bintang di dalam bentuk ellipse yang seakan mata satu itu. Bintang 4 point atau bintang matahari, menunjukkan maksud amaran yang serius dan sungguh-sungguh.
 
Pontiac
 
Chrysler – Logo lama berbentuk sayap, logo baru berbentuk bintang 5 point dan hexagon
 
Mercedes-Benz – Menggunakan bintang 3 point
 
Logo dengan bentuk piramid
Piramid juga adalah antara yang paling popular digunakan oleh mereka. Piramid merupakan binaan-binaan bangunan besar yang dibina oleh nenek-moyang mereka dahulu.
 
Mitsubishi – Logonya merupakan 3 pancaran cahaya matahari yang membentuk sebuah piramid.
 
Citroen
 
Logo berbentuk seperti burung hantu
Simbol burung hantu biasa digunakan oleh Bohemian Club, salah satu perkumpulan rahsia atau ‘secret society’  di bawah Illuminati.
 
Mazda – Ahura Mazda berasal dari bahasa Avestan yang memberi maksud nama kepada pencipta yang tidak diciptakan iaitu TUHAN mereka yang menganut agama Zoroaster.
 
Logo berbentuk simbol Mars
Mars iaitu nama yang digunakan kepada sebuah planet berasal dari bahasa Roman iaitu yang bermaksud DEWA / TUHAN PERANG.  Dia ialah anak kepada Juno dan Jupiter.  Mars pada mulanya dipanggil DEWA KESUBURAN dan TUMBUH-TUMBUHAN.  Kemudiannya terlibat dengan peperangan dan seterusnya dipanggil sebagai DEWA PERANG.
 
Volvo
 
dan banyak lagi..........
 
Wallahu a'lam
 
 
  
  
 
   

Matinya Tali Barut Israel


Tepat jam 1.00 petang waktu London pada 27 Jun 2007, seorang lelaki Arab Mesir telah terjun dari tingkap apartmen di Carlton House Terrace, London. Lelaki yang terjun itu mati serta-merta di tempat kejadian dengan kecederaan teruk di kepala.

Selepas bedah siasat, pihak hospital dan polis London mengklasifikasi kematian itu sebagai ‘pembunuhan’ dengan niat ke atas mangsa. Kenyataan ini dikeluarkan secara rasmi oleh Metropolitan Police Service di London.

Anak mangsa, iaitu Jamal juga mempercayai bahawa bapanya Dr. Ashraf Marwan mati akibat dibunuh oleh seseorang ketika mangsa berada di kediamannya.

Kematiannya amat menyedihkan rakyat Mesir kerana Ashraf Marwan adalah orang kanan Presiden Hosni Mubarak dan juga seorang billionaire muslim yang terkenal di Kota London.

Menurut laporan akhbar The Guardian, sehingga sekarang kes pembunuhan Ashraf Marwan masih belum selesai. Fail kes telah dipindahkan untuk siasatan terperinci kepada suatu unit khas yang bernama Specialist Crime Directorate.

Apa yang mencurigakan kebanyakan penganlisis politik ialah pihak yang melompat-lompat membela kematian Dr. Ashraf Marwan sejak 2007 hingga sekarang ialah kerajaan Israel.

Sikap kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan Israel dalam membantu siasatan kematian Dr. Ashraf telah membongkar siapa sebenarnya Dr. Ashraf Marwan itu.

Siapa membongkar aktiviti Dr. Ashraf Marwan?

Pada September 2002, seorang ahli sejarah terkenal berketurunan Yahudi iaitu Dr. Ahron Bregman telah menulis buku tentang Ashraf Marwan. Buku tersebut membuat andaian tentang fakta-fakta yang boleh disabitkan bahawa Ashraf adalah perisik bagi Israel.

Namun buku tersebut kurang diberi perhatian sehinggalah seorang bekas Jeneral dari Israel membuat pengakuan melalui temuramah dengan penulis buku bernama Howard Blum pada 2003.

Laporan berani dari bekas ketua risikan Mossad, Jeneral Eli Zeira telah membongkar bahawa Dr. Ashraf Marwan sebenarnya adalah perisik kepada kerajaan Israel sejak 1969 lagi. Tindakan mengejut Ziera membocorkan rahsia Dr. Ashraf telah mengakibatkan dirinya dikenakan tindakan mahkamah oleh Peguam Negara Israel.
                                (Kiri) Dr. Ahron Bregman (Kanan) Jeneral Eli Zeira

Sebelum itu, Ashraf juga disyaki pernah bekerja untuk beberapa agensi risikan lain iaitu MI6 dan Scotland Yard. Ini berdasarkan kerjasama luar biasa siasatan kematian oleh kedua-dua agensi ini dengan Mossad seperti yang dilaporkan oleh Howard Blum dalam akhbar Herald Tribune.

Tugas Sebenar Dr. Ashraf di Mesir

Atas desakan faktor kewangan yang kritikal, Dr. Ashraf telah mengambil suatu jalan mudah dengan terbang ke Israel pada hari kebesaran Yahudi iaitu Yom Kippur pada 1969. Ashraf telah menawarkan diri sebagai penyumbang maklumat kerajaan Mesir jika Israel sanggup membayar nilai-nilai wang yang tinggi.

Kesanggupan Ashraf menjadi tali barut sememangnya ditunggu-tunggu Israel. Sejak itu, apa sahaja fail sulit kerajaan Mesir akan sampai ke tangan Israel. Ashraf membawa sendiri fail-fail tersebut ke negara Israel tanpa sebarang curiga.

(Gambar) Presiden Mesir 1966, Jamal Abdul Naser (Kiri) sedang bersalam dengan bakal menantunya Ashraf Marwan pada hari perkahwinan anak perempuannya, Muna. Abdul Naser sehingga mati tidak tahu menantunya adalah agen Mossad.

Fail-fail sulit kerajaan Mesir mudah dibawa keluar kerana sebelum berpakat dengan Mossad, Ashraf telah mengahwini anak perempuan Presiden Mesir iaitu Jamal Abdul Naser pada 1960-an.

Status menantu ini membuatkan Ashraf menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan Mesir. Selain itu, Ashraf juga mengambil kesempatan atas kepercayaan bapa mertuanya terhadapanya untuk membocorkan segala pelan sulit mentger-menteri kabinet kepada Mossad.

Walaupun pemerintahan sudah bertukar ke tangan orang lain, status menantu kepada bekas presiden Mesir membuatkan ianya amat dipercayai oleh Presiden Mesir sekarang ini iaitu Hosni Mubarak.

(Kita berharap Khairy menantu Pak Lah bukan jenis Dr. Ashraf walaupun kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat kerajaan Malaysia kepada Singapura adalah 110 peratus.)

Sejauh Mana Kekayaan Dr. Ashraf Marwan

Kekayaan Ashraf telah membawa gelaran billionaire kepadanya dalam masa yang singkat. Semua kekayaan itu adalah diperoleh hasil dari perpindahan fail-fail sulit kerajaan Mesir kepada Israel.

Berikut ialah beberapa aktiviti mewah Ashraf Marwan

* Memiliki 3 peratus saham Kelab Bola Sepak Chelsea pada 1980-an.
* Menjadi rakan kongsi dalam supermarket gergasi Haarods milik Mohamed Al-Fayed, iaitu bapa kepada Dodi al-Fayed yang mati kemalangan dengan Putri Diana.
* Memiliki beberapa perusahaan membuat senjata di Mesir pada usia 29 tahun.
* Mendapat untung sebanyak USD700 million hasil dari pembelian senjata melalui syarikat-syarikatnya dalam Perang Iran-Iraq 1980.

Kerjasama Ashraf dan Al-Fayed telah menonjolkan imej orang kaya Arab di Kota London. Tambahan pula anak lelaki al-Fayed iaitu Dodi hebat berasmara dengan Puteri Diana.


                         (Kiri) Putri Diana dan Dodi (Kanan) Mohamed Al-Fayed

Kami percaya, Al-Fayed tidak perlu membuat bising di akhbar-akhbar mengatakan kematian anaknya Dodi dan Diana adalah “konspirasi” pihak-pihak tertentu. Al-Fayed sepatutnya melihat sendiri rakan kongsinya itu yang secara semulajadinya adalah tali barut Israel.

Jika rahsia kerajaan bapa mertuanya sendiri boleh dibocorkan hanya kerana wang, apatah lagi Al-Fayed yang hanya insan biasa yang tiada fail rahsia.

Siapa pembunuh Dr. Ashraf Marwan?

Sehingga sekarang, tiada siapa pun tahu tentang punca kematian sebenar si laknat ini. Kematiannya terlalu misteri dan sukar diketahui puncanya walaupun dibuat pelbagai penyelidikan profesional oleh agen-agen Mossad sendiri.

Sesetengah pemerhati mengatakan Ashraf mati kerana membunuh diri disebabkan beliau telah mengetahui rahsia aktivitinya telah didedahkan oleh agen Mossad sendiri. Menurut pemerhati juga, tindakan membunuh diri adalah jalan terbaik kerana pendedahan oleh Eli Ziera itu hanya akan membuat dirinya diburu oleh para pejuang Islam.

Bagi badan perisik Israel, Mossad, MI6, CIA dan Scotland Yard, mereka meyakini bahawa kematian itu adalah dirancang dan dilakukan oleh seseorang. Badan-badan ini mengesyaki bahawa ia dilakukan oleh agen-agen perisik dari kerajaan Mesir atas arahan presiden Hosni Mubarak.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian dan misteri ialah bukan kerana siapa yang membunuh Dr. Ashraf Marwan. Tetapi ia lebih kepada persoalan bekas-bekas agen Mossad sendiri.

Misteri pembongkaran rahsia sulit Israel

Persoalan yang tiada jawapan dan amat merunsingkan kerajaan Israel sehingga sekarang ialah…

Mengapa sejak tahun 2000 semakin ramai bekas-bekas perisik Mossad di Israel mula mendedahkan rahsia kerajaan mereka?

Mengapa pendedahan itu dibuat oleh agen-agen Mossad yang berketurunan Yahudi sendiri?

Dan yang lebih merungsingkan ialah mereka ini bersungguh-sungguh mendedahkan hal-hal sulit tanpa rasa takut akan sebarang ancaman dari kerajaan mereka sendiri. Malah mereka juga sanggup berhadapan tindakan-tindakan mahkamah Israel yang tegas.

Wallahu’alam…

*credited to ibnu yaacob

Tuesday, May 4, 2010

Dajjal Perlukan Wang Manusia?



Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ‘salah satu faktor’.
Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.
Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.
Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim)
“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
  • Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.
  • Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah – maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, – Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.
Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.
   
Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.
Wallahu’alam.
**pandangan peribadi ibnu yaacob