Friday, May 7, 2010

1 Malaysia vs 1 Indonesia


Kita telah melihat pelbagai perubahan suasana pemerintahan di Malaysia apabila pemerintah tertinggi di Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 , Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih tampuk kepimpinan negara dari mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perkara yang paling popular tentunya mengenai gagasan 1 Malaysia.
Gagasan ini dilihat sebagai suatu usaha untuk mengembalikan usahasama rakyat untuk menjadikan bumi Malaysia sebagai tanah yang harmoni dan tenang. Motif pelaksanaan modul ini juga dilihat bagi menyatukan semua kaum di Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya terutama dalam melakukan satu-satu perancangan negara. Saya melihat gagasan ini amat hebat dan boleh menjalin baik hubungan antara kaum. Tidak saya nafikan hubungan antara kaum di Malaysia bukanlah tidak baik, namun akhir-akhir ini pelbagai isu panas yang timbul yang mungkin boleh mencetuskan huru-hara di Malaysia. Jadi suatu usaha yang amat murni telah ditunjukkan oleh Yang amat Berhormat Perdana Menteri.
Namun, baru-baru ini Ketua Umum Pakatan Rakyat telah mengusulkan sesuatu yang menggemparkan mengenai APCO World Wide dan kaitannya dengan Malaysia. APCO merupakan syarikat  yang melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada kerajaan persekutuan secara menyeluruh juga disarankan untuk menjayakan program untuk mempromosikan dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. Skop tugas APCO ini dinyatakan sendiri oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri. Permasalahan yang dibangkitkankan Anwar Ibrahim adalah berkaitan dengan isu keselamatan negara dan perkaitan APCO dengan Zionis Isreal. Hal ini sangat menggemparkan dan memeranjatkan; namun lagi mengejutkan apabila isu ini tidak dikeluarkan di muka-muka hadapan surat khabar utama di Malaysia, seolah-olah isu ini merupakan isu remeh dan sampingan.

Di sini suka untuk saya mengetengahkan ayat-ayat suci dari Allah S.W.T mengenai betapa pentingnya kita mengambil sikap berjaga-jaga dalam menjalankan kolaborasi dengan orang-orang bukan Islam terutamanya mereka yang jelas menentang Islam. Dalam Al-Quran adamenyatakan "Jgnlh orang2 beriman mengambil orang-orang kafir sebagai awliya’ (sahabat baik atau pemimpin)"; surah Ali ‘Imran ayat 28 dan "Jangan kamu ambil orang-orang yahudi dan nasrani sebagai awliya’, sesiapa yang berwala’ kepada mereka, maka sesunggungnya ia dari kalangan mereka"; surah al-Mai’dah ayat 51. Dan terdapat banyak lagi peringatan dari Allah mengenai hubungan antara muslim dengan orang-orang kafir namun tidak saya senaraikan di sini.

Lihatlah peringatan Allah kepada kita mengenai hubungan kita dengan orang-orang kafir. Bukanlah bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan mereka tetapi harus dikawal dan adanya sifat berhati-hati dalam setiap tindakan kita. Jika benar APCO berkaitan dengan agen Israel, di mana kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh? Adakah ulama' yang dijadikan sandaran dalam membuat keputusan penting dalam kerajaan Malaysia? Saya melihat hal ini sebagai suatu yang amat serius. Sehingga sekarang tiada seorang pun menteri yang mampu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa sememangnya APCO tiada kaitan dengan musuh Islam, Israel laknatullah.
Ketua Polis negara menyatakan hal ini telah lama disiasat dan masih dalam proses siasatan serta menambah bahawa hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya melihat perkara ini amat serius apabila dikatakan bahawa APCO mungkin bergerak dan masuk ke dalam PDRM Malaysia kerana hal ini sememangnya akan mendedahkan sistem keselamatan di Malaysia. Satu penyiasatan bebas perlu dijalankan bagi membuktikan tiada sebarang pembabitan APCO dengan isu keselamatan negara Malaysia.
Berbalik kepada gagasan 1 Malaysia, saya melihat satu usaha positif kerajaan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap komitmen pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, sedang saya melayari laman web mengenai 1 Malaysia, saya dikejutkan dengan Piagam 1 Indonesia. Bingung saya melihat gagasan yang dibawakan oleh Indonesia ini. Adakah hal ini sekadar kebetulan atau Indonesia meniru Malaysia, atau ada perkara yang lebih besar disebaliknya? 1 Indonesia menggunakan slogan “Masyarakat dahulukan, Pencapaian Utamakan”. Hal ini bukanlah suatu ciptaan untuk memburukkan 1 Malaysia kerana isu ini boleh dilayari di http://www.krjogja.com.
 Slogan ini amat mirip dengan slogan di Malaysia iaitu “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Persamaan antara Malaysia dan Indonesia adalah kedua-duanya mengunakan khidmat APCO World Wide dalam mempromosikan negara. Jadi persoalannya, adakah APCO berperanan dalam merancang dan menjayakan idea 1 Malaysia dan 1 Indonesia? Hal ini amat membimbangkan jika terbukti gagasan ini direka cipta oleh APCO World Wide. Di Malaysia, pihak APCO semahu-mahunya menafikan pengterlibatannya dalam gagasan baru ini dengan menyatakan tarikh keterlibatannya dengan kerajaan Malaysia adalah selepas konsep 1 Malaysia  diperkenalkan.
Sejauh mana kebenarannya? Hal ini yang perlu kita kaji selidik. Mengapa saya menyatakan bahawa jika benar APCO terlibat dalam gagasan baru ini; ianya amat menggusarkan? Kerana syarikat APCO merupakan sebuah syarikat yang menggunakan khidmat ramai orang-orang genius Israel yang berkepentingan dan banyak merancang untuk menjatuhkan negara-negara Islam. Hal ini jauh lebih penting melangkaui isu politik sempit Malaysia semata-mata.
 Terdapat pelbagai fakta yang boleh mengaitkan APCO dengan dengan individu-individu yang berkaitan dengan Israel. Sekiranya benar 1 Malaysia dan 1 Indonesia adalah cetusan idea pihak APCO World Wide maka sudah pasti hal ini ‘ada udang disebalik batu’ dan boleh disamakan dengan 1 Israel. Sekiranya Malaysia dan Indonesia mula membenarkan idea dari pihak luar untuk menyusun gerak kerja di negara masing-masing, hal ini amat membimbangkan kerana pastinya pihak yang berkaitan dengan Israel ini tidak membantu dengan membabi buta semata-mata.
Pendedahan mengenai kaitan APCO dengan agen Israel insyaAllah akan saya teruskan dalam entri yang akan datang. Entri kali ini saya tinggalkan sahabat-sahabat dengan beberapa persoalan ::
  • Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
  • Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
  • Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui    bahawa idea 1 Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
  • Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
  • Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1 Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?
  • Adakah gagasan ini merupakan konpirasi terancang oleh pihak Israel dan Zionis?


1 comments:

pago" said...

kebetulan ajaib? mungkin tidak..