Friday, April 30, 2010

Sang Penakluk Kota Konstatinople - Siri 2

Kemeriahan di atas kelahiran seorang putera yang comel di istana Turki Uthmaniyyah bukan sekadar diraikan di negara naungan Islam tetapi turut diketahui oleh Maharaja Byzantine, pemerintahan Kota Konstatinople. Namun sambutan yang dimaksudkan bukanlah kegembiraan malah kemarahan yang meluap dan teramat sangat kerana Sultan Murad sudah mempunyai pewaris untuk menggantikan beliau sebagai pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyyah. Cita-cita Maharaja Byzantine untuk melihat kerajaan Islam runtuh setelah ketiadaan Sultan Murad; kononnya akibat persengketaan antara pembesar-pembesar istana dan perebutan kuasa sesame mereka musnah apabila lahirnya bayi yang membawa rahmat di bumi Turki Uthmaniyyah itu. Maka timbullah niat jahat di hati Maharaja Byzantine untuk membunuh anak Sultan Murad namun dihalang Perdana Menterinya kerana beliau mempunyai rancangan yang lebih licik. Baginda tersenyum bersetuju sambil mengiyakan kata perdana menterinya itu……… 


Kini Sultan Muhammad telah meningkat dewasa dan sepanjang kehidupannya dipenuhi dengan amal ibadah kepada Yang Esa di samping ilmu-ilmu peperangan dan politik Islami yang diajar sendiri oleh bapa saudaranya, Panglima Tharthan. Pengajaran ilmu agama pula diajar oleh Syeikh Syamsudin al-Wali, yang merupakan tuan guru terbesar bagi Sultan Muhammad. Beliaulah tempat rujukan utama bagi baginda tidak kira dalam bentuk apa pun masalah yang melanda. Persiapan ilmu agamanya meliputi semua aspek dalam kehidupannya; dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. 

Suatu ketika, Sultan Murad merasakan bahawa beliau perlu merehatkan diri sambil menumpukan kepada amal ibadah kepada Allah. Beliau berkehendak baginda Muhammad memangku jawatan beliau sementara beliau berehat di Pulau Magnesia. Walhal pada ketika itu, baginda Muhammad baru berusia 16 tahun. Sultan Muhammad menerima tanggungjawab dengan dada yang lapang malah bersetuju dengan kata-kata ayahandanya. Berita ini sampai ke pengetahuan Maharaja Byzantine dan perdana menterinya. Maka timbullah rancangan jahat oleh mereka; iaitu ingin menguji kepintaran baginda Sultam Muhammad. Maka dihantar seorang paderi besar ke istana Turki Uthmaniyyah utnuk menguji baginda disaat ketiadaan Sultan Murad.

Kedatangan paderi besar dari Konstantinople, Zaqhanus disambut baik oleh Sultan Muhammad. Beliau dilayan sebagaimana tetamu lain yang datang mengadap baginda. Maka bertanyalah Zaqhanus “Kami datang utnuk berbincang mengenai sebuah hadis nabi bukan berperang”. Baginda bersetuju dengan cadangan Zaqhanus lalu berkatalah Zaqhanus “Saya terbaca sebuah hadis ulama-ulama di kalangan kamu seperti nabi-nabi Bani Israel, adakah hadis itu benar atau palsu?”. Maka hadis itu diiyakan oleh ulama yang ada di istana baginda sultan. Tambah Zaqhanus lagi “Sekiranya benar, maka cuba hidupkan orang-orang yang mati!!!”. Semua terdiam dan tidak berani bersuara…

Oleh kerana seorang pun ulama di istana tidak dapat menyahut cabaran tersebut maka Sultan memanggil Syeikh Bayram, tuan guru kepada Syeikh Syamsudin al-Wali ke istana bagi menyahut cabaran tersebut. Subhanallah, dengan izin Allah Syeikh Bayram berjay menghidupkan kembali orang yang mati di kuburan Islam sekaligus membuktikan hadis Rasulullah yang diutarakan. Zaqhanus sangat kagum lalu dengan serta-merta Zaqhanus mengucap dua kalimah syahadah di hadapan baginda Sultan dan Syeikh Bayram. 

Mendengar berita yang sangat memeranjatkan ini, Maharaja Byzantine sangat marah; menjadikan mukanya merah padam dan mendengus kuat. Nescaya jika Zaqhanus pulang ke Kota Konstatinople pasti kepalanya dipenggal akibat perbuatannya mengubah pendiriannya dengan masuk agama Islam......

*bersambung...

0 comments: