Monday, April 12, 2010

Isu Sebat dan Dasar Hukumannya

Islam merupakan agama yang syumul atau dalam erti kata lain maknanya adalah menyeluruh. Malaysia yang diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam malah diberi pengiktarafan sebagai Negara Islam contoh seharusnya menjadikan Islam sebagai dasar atau kayu ukur dalam menentukan setiap tindakan dan undang-undang yang diambil . Saya bercakap dalam kapasiti saya sebagai seorang yang beragama Islam dan melihat ke arah Malaysia sebagai sebuah Negara yang menjadikan Islam sebagai Ad-Deen.

Isu yang ingin saya ketengahkan pada kali ini adalan Isu Sebat Kartika yang baru saja diputuskan tindakannya beberapa hari yang lalu. Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, merupakan seorang model sambilan yang telah ditangkap meminum arak dan mengaku bersalah di atas kesalahan tersebut. Kesalahan itu disabitkan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987. Hakim syarie menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5,000 dan enam kali sebatan rotan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, baru-baru ini. Beginilah hukuman yang dijalankan di Malaysia sekarang. Persoalannya, adakah system ini merupakan system terbaik yang didatangkan terus daripada pengajaran Nabi junjungan besar kita ataupun daripada ijtihad-ijtihad para ulama’?
Di sini suka saya untuk menyenaraikan pandangan para ulama yang empat yang mana menjadi panduan kita sepanjang zaman.

Pandangan ULAMA
Meminum arak (khamar) adalah satu kesalahan jenayah di bawah hukuman Hudud. Empat orang Mujtahid pengasas Mazhab terkemuka dalam Islam berpendapat bahawa peminum khamar dikenakan hukuman hudud.

Mazhab Syafie.
i. Imam Nawawi: dikenakan hudud ke atas peminumnya melainkan kanak-kanak, orang gila, Kafir harbi dan Zimmi [Mughni Muhtaj IV:187]. Ungkapan yang sama dalam Tahfatul, Nihayatul dan Mughni Muhtaj. Hanya dalam kitab Tahfatul Muhtaj ditambah dengnan Mu’ahad: Harbi, Muahid kerana tidak terikatnya Zimmi, maka tidak terikat kerana adami [Nihayatul Muhtaj, VIII:12].
ii. Muhazzab: Jika mereka (kafir zimmi) berpegang bahawa arak itu dibolehkan maka tidak dikenakan (hudud) ke atas mereka kerana mereka tidak berpegang pada keharamannya, maka tidak boleh dikenakan (had) seperti kekufuran mereka tetapi jika mereka menzahirkan hal tersebut maka hendaklah ditakzir kerana mereka telah menzahirkan kemungkaran dalam Negara Islam [Muhazzab II:256].

Mazhab Hambali
i. Al-Iqna’ : Jika seseorang telah meminumnya itu merdeka, Muslim, Mukkalaf, sukarela dan tahu bahawa kalau banyak ianya memabukkan samada daripada jus anggur, atau dari lain-lain yang memabukkan, sedikit atau banyaknya, meskipun tidak memabukkan peminumnya maka hendaklah dihudud 80 kali sebatan. [Iqna’, Syariffuddin IV:267]
ii. Tidak dikenakan zimmi kerana minum arak, namun jika mabuk dikenakan hudud. Pendapatku jika mabuk dikenakan had, tapi sebaliknya tidak. [ Maharrar II : 163]
iii. Tidak dikenakan had ke atas orang kafir yang minum [ Al-gayatul Muntaha III : 313]

Mazhab Maliki
i. Malik berkata “Jika ahli kitab dijumpai minum arak atau melakukan zina, mereka dibiarkan (tanpa hukuman), kecuali mereka menzahirkannya maka mereka akan dihukum. [A-Mudawanatul Kubra 4:256]
ii. Jika orang kafir ditemui mabuk maka dibiarkan kecuali jika dizahirkan perbuatannya (minum arak secara terbuka). [ Al-Mudawwanah 4:256]

Mazhab Hanafi
i. Maka tidak akan dikenakan hukuman hudud ke atas zimmi, harbi dan musta’min kerana minum dan tidak juga kerana mabuk pada zahir riwayat [Badai’ Sanai’ 7:39]
ii. Ungkapan Al-Hakim dalam Kafi tentang minum, “Tidak ada had ke atas zimmi jika minum” [Hasyiyatul raddul Muktar 4:37]

Dari penjelasan di atas, pesalah yang disabit kesalahan kerana minum khamar hendaklah dikenakan sebatan menurut hukum hudud, bukan menurut undang-undang selainnya. Malah, sebahagian mazhab berpendapat bahawa jika orang kafir zimmi yang menzahirkan perbuatan minum arak di tempat umum hingga mabuk dikenakan hudud, apatah lagi jika orang Islam yang melakukannya. Apa lagi laksanakan segera kalau hanya sekadar kenyataan sahaja belum cukup untuk membuktikan bahawa kita benar-benar ingin melaksanakan syariat Islam. Jangan tangguh2 lagi..Kembalikan Hukuman Syariat Islam di Malaysia.

Justeru, bagaimana kita lihat kes Kartika diselesaikan? Adakah berlandaskan pada dasar yang kukuh dalam Islam? Saya mengajak sahabat-sahabat berfikir supaya kita sama-sama membangun dalam masyarakat Islam yang adil dan saksama dalam menegakkan agama Islam.
Wallahua’lam.

0 comments: