Monday, April 12, 2010

Sang Penakluk Kota Konstatinopel

Sultan Muhammad al-Fateh sememangnya nama yang tak asing lagi bagi pengkaji sejarah samada pengkaji-pengkaji Islam mahupun di Barat. Kebijaksaan baginda Sultan yang memerintah Kerajaan Turki Uthmaniyyah seawal umur lingkungan 20-an merupakan suatu keajaiban dan fenomena yang mengubah persapsi dunia terhadap dasar pemilihan pemerintah.

Baginda Sultan Muhammad merupakan anak kepada Sultan Murad yang terkenal dengan gaya pemerintahan Islam yang adil dan saksama. Kehebatan baginda sudah terserlah semasa baginda masih di alam buaian yang mana seorang ulama besar Turki yang juga merupakan orang yang sangat dihormati seluruh penduduk Turki berkata “ Pada firasat saya, bukan tuan(Sultan Murad) yang akan membuka Kota Konstatinopel tetapi bayi dalam buaian itu yang akan menggetar kota tersebut!”. Nah, seawal usia lagi baginda sudah mendapat pengiktirafan yang tinggi dari seorang ulama yang mahsyur sebagai seorang pemimpin hebat yang bakal membuka Kota Teragung pada masa itu iaitu Kota KOnstatinopel.

Walaubagaimanapun, kejayaan baginda sultan bukan dating bergolek. Kepimpinan baginda bukanlah sifat yang terbentuk secara sendiri tetapi dengan latihan dan pimpinan minda yang sangat teliti sejak dari usia kecil yakni dengan ajaran Nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w. Baginda Sultan seperti kanak-kanak kecil lain juga yang suka bermain dan berseronok. Baginda selalu bersama rakan-rakannya bermain pedang kayu yang mana baginda menjadi pimpinan Kerajaan Turki dan rakan-rakan yang lain menjadi tentera-tentera Byzantine. Hal ini menggusarkan hati ayahandanya, Sultan Murad apabila melihat baginda lebih gemar bermain berbanding mendalami ilmu agama.

Berpuluh-puluh ulama dan tuan guru yang dihantar Sultan Murad bagi mendidik dan mengajar baginda namun semuanya gagal an pulang dengan hampa. Namun, kegusaran baginda bertukar gembira apabila muncul seorang ulama’ yang tegas dalam pengajarannya. Beliau terkenal dengan sifatnya yang tidak bertolak ansur dengan kedegilan muridnya malah sentiasa bertegas dalam setiap perkara. Beliau adalah seorang yang zuhud dan tawadduk bernama As-Syeikh Bayzam. Sultan Muhammad yang pada mulanya menolak pelawaan beliau dipukul dengan ranting kayu di tapak kaki sehingga baginda mengadu kepada ayahandanya.

Setelah berfikir dengan akal yang waras akhirnya baginda menerima pengajaran Syeikh Bayzam dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan. Bermula dari itu, baginda mula mendalami ilmu agama daripada gurunya itu di samping ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya sendiri.
Begitulah kisah awal daripada ceritera Sang Penakluk Kota Konstatinopel yang sangat mahsyur dalam sejarah Islam. Kisahnya akan terus saya sambung pada masa akan sekiranya masih diberi keizinan dari Maha Pencipta. InsyaAllah saya akan terus menulis bagi kita sama-sama merenung kembali kejayaan Islam pada masa lalu untuk dijadikan pembakar semangat kita untuk menghadapi dunia pada hari ini. Ar ruhul jadid fi jasadil Ummah!

1 comments:

Anonymous said...

perkongsian yang amat bagus..ble nak sambung lagi..