Saturday, April 10, 2010

Kelebihan Solat Berjemaah

Pengertian Solat Jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Tuntutan Berjemaah Pada Solat Fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

“Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.”

Fadhilat (Kelebihan) Solat Berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

10 comments:

syarfinas said...

“Sesebuah kg atau desa yng dihuni oleh 3 org pnduduk yng mna di kg atau desa itu tdak didirikn solat jamaah, mreka pasti akn dikalahkn oleh syaitan. Maka,wjb ke ats kmu mengerjakn solat scra brjemaah krna serigala akn menerkam kmbng yng berada jauh dri kumpulannya atau kambng2 yng lain..”
~H.R Abu Daud, An-Nasa’i, Al-Hakim~

syarfinas said...

**Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah:
“Demi Allah,yang jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya aku sangat berkeinginan utk menyuruh org ramai agar mngumpul kayu api,kemudian menyuruh muazzin melaungkn azan dan menyuruh imam mndirikan solat,dn mendatangi orng yng tdak mengerjakn solat ketika itu,kmudian aku akn membakar rumah2 mreka..”

ahmad ibrahim said...

yea...cik finas=)

syarfinas said...

len kli tlis laa dalil skali ye cik amad oi..

ahmad ibrahim said...

atun wat ler blog sendri..
ngeh3~~
ye ler...

syarfinas said...

ye le..
mlas comment dh..
huh.!

ahmad ibrahim said...

haha....
majuk plak..
yea2..sile ler komen erk

syarfinas said...

uish xmen ar majuk2..
ko xbgi komen pun,atun akn komen gak..
hua3..

syarfinas said...

Rasulullah S.A.W brsabda:
"Berilah khabar gmbra kpda org2 yng brjlan ke masjid2 di wktu gelap bhwa ia akn mndpat chaya yng smpurna di hari akhirat.."
~H.R Abu Daud & Tarmizi~

syarfinas said...
This comment has been removed by the author.