Sunday, May 9, 2010

Hacker menjual 1.5 juta maklumat login pengguna Facebook

Seorang hacker / penggodam telah menempatkan 1.5 juta maklumat login akaun Facebook yang dicuri untuk jualan di pasaran gelap, sebuah syarikat keselamatan internet telah mendakwa.

Peneliti di VeriSign's iDefense Labs mengatakan mereka telah menemui akaun yang dicuri atau palsu dalam sebuah forum orang Russia yang disebut Carder.su.

Hacker yang disebut 'kirllos' itu menawarkan login data dari ribuan pengguna Facebook dengan harga dasar murah.

Kumpulan dari 1,000 akaun dengan 10 atau lebih sedikit teman-teman di jual hanya $25 akaun dengan lebih daripada 10 kawan boleh dibeli sebanyak $45.

Pengarah iDefense iaitu Rick Howard berkata, kes tertumpu dalam perdagangan haram akaun rangkaian sosial dari Eropah Timur ke AS.

Penjahat biasanya mencuri data dengan teknik 'phishing' yang mengelabui pengguna agar memberikan password mereka, atau dengan malware yang masuk membaca keystrokes / tekanan pada keyboard komputer.

Akaun kemudiannya boleh dibajak untuk menghantar spam dan program jahat. Maklumat peribadi termasuk tarikh lahir, alamat dan nombor telefon yang boleh digunakan untuk melakukan penipuan identiti.

Facebook mempunyai pasukan keselamatan yang memantau laman rangkaian sosial untuk kegiatan yang mencurigakan, seperti permintaan banyak teman dalam waktu singkat dan tahap kualiti permintaan teman yang diabaikan.

Pengguna yang takut akaun mereka telah di hack juga boleh melaporkan perkara tersebut melalui Help Center / Pusat Bantuan.

5 comments:

shaffique said...

thanks for the info !


My latest entry : Aksi Chelsea Juara Liga Inggeris Musim 09/10 !

QeMa said...

hoh..
tu psl xmoh letak info yg betul kt fb
bahayeeee~

Norul Malakiah Sidek said...

teringin plak aku nak jadik hacker haha

ahmad ibrahim said...

dasyat la miss havoc..
mmg havoc la klao cmtue..
ngee~

Linglung said...

gua letak nama samaran dgn hobi je kat fb..hehe