Monday, July 19, 2010

Manipulasi Media : Benarkah apa yang dilaporkan?

Dunia hari ini banyak dihidangkan dengan perkhabaran-perkhabaran fitnah dan jahat dari pihak yang bermaksud untuk menguasai minda dan pemikiran manusia yang berfikiran sempit dan pendek. Media dijadikan alat yang penting untuk meneruskan dakyah mereka bagi menyerang pemikiran manusia yang sebegitu mudah percaya akan berita yang dikhabarkan dan menerimanya secara bulat tanpa soal selidik yang mendalam atau sekadar melihat pangkal masalah dan terus membuat konklusi terhadap permasalahan yang ada. Pada zaman maklumat di hujung jari ini, perlunya kita berhati-hati dengan setiap informasi yang ada di hadapan mata kita, kerana bukan semuanya seperti realiti yang benar-benar berlaku di dunia tetapi sekadar omong kosong yang diputarbelitkan. Sungguh....benar apa yang diperkatakan oleh junjungan besar kita bahawa di akhir zaman akan berlakunya fitnah sehingga kita tidak dapat mengenal pasti yang mana hak dan yang mana batil.

Begitulah juga dengan manipulasi media ketika konvoi kapal Mavi Marmara ke Gaza Palestin yang bertujuan untuk membantu rakyat dan bangsa Palestin yang dipenjara di Negara sendiri. Saya ada membaca akan artikel yang memetik kata-kata 6 dari 12 orang aktivis kemanusian LL4G (Life Line For Gaza) berkongsi kisah suka dan duka mereka ketika kapal MV Mavi Marmara mereka dan sebilangan yang lain diserang oleh tentera komando rejim Israel pada awal Jun 2010 menuju ke Gaza untuk menyampaikan sumbangan kemanusiaan. 

Suatu usaha yang memang tidak boleh dipatahkan oleh musuh apabila penerajunya hanya menunggu syahid sebagai pengakhiran kehidupan di dunia ini. Sehingga apabila ditanya kepada mereka; "bagaimana keadaan anda ketika dipijak dan ditembak oleh peluru getah tepat di anggota badan anda oleh rejim Israel?" Jawapan mereka, "sikit pun kami tidak takut ketika dengar bunyi dentuman bertalu-talu Israel dari arah belakang kapal kami, dan ketika kapal kami diceroboh dan kami disepak terajang serta diikat tangan, kami tidak merasa walaupun sedikit kesakitan, inilah kuasa Allah". MasyaAllah, sungguh kental semangat mereka dalam menghadapi kezaliman pihak zionis.

Cerita dari wartawan Astro Awani, Saudara Ashwad pula menjadi ukuran terhadap penyelewengan yang dilakukan media Barat yang dikuasai oleh kuasa Zionis dan pihak Israel. Seorang wartawan berumur 25 tahun ini mengambil risiko untuk mengikuti konvoi kemanusiaan ini. Isu utama yang dibawa oleh beliau ialah berkenaan kawalan media (media control) yang dilakukan oleh zionis. Mendengar sahaja ucapan beliau, menguatkan lagi kepercayaan saya dan sahabat-sahabat betapa berita yang sampai kepada masyarakat dunia tidak akan sampai selain ianya telah dimanipulasi untuk memperlihatkan yang Israel tidak salah. Pelbagai cara digunakan untuk mencapai objektif tersebut. Media pro-barat hanya mengambil berita dan video dari sumber-sumber israel yang tidak benar dan telah dimanipulasi. Antara media pro-barat ialah CNN, BBC, CNBC dan yang sewaktu dengannya. 

Semua pita rakaman dirampas, telefon bimbit, dan segala gadjet perhubungan dirampas dan dimusnah. "Pada mulanya saya dan juru kamera saya tidak bagi, selepas dia (komando) mengacukan senjata tepat di atas dahi saya, apa yang saya boleh lakukan pada masa itu ialah beri sahaja".

Lihatlah betapa munafiqnya rejim israel ini, bagaimana dalam International Law melarang dari mengapa-apakan 'orang media' tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. PBB terus buat-buat tidak nampak dengan senario ini. Kata media pro-barat, Sebab utama serang dilakukan ialah kerana kapal-kapal itu telah memasuki 60 batu nautika perairan israel, sedangkan cerita sebaliknya ialah kapal-kapal ini masih jauh untuk sampai ke jarak itu. Kata media pro-barat, mereka ini (aktivis) bersekongkol dengan terrorist dengan merakam gambar pisau pemotong sayur. Betapa jahatnya media kuffar ini mengekploitasi masyarakat dunia dengan berita-berita tipu. Apa pun, saya berasa lega kerana ucapan yang diberikan Saudara Ashwad mengenai media controlled itu menguatkan lagi hujah saya terhadap perancangan Illuminati dalam proses penaklukan dunia. "Serangan ini lebih kepada peperangan media" kata En. Jamaluddin Ilyas ringkas, salah seorang dari 12 orang wirawan negara itu.

Hampir 2-3 jam diperuntukan sebaiknya untuk berkongsi cerita-cerita benar dari mereka. Kisah benar, mangsa tembakan peluru hidup berbau kasturi, ini cerita yang dikongsikan oleh salah seorang dari mereka ketika mencium jenazah. Bau wangi yang sangat kuat. Banyak lagi kisah yang dikongsikan oleh aktivis-aktivis kapal Mavi Marmara. Tentunya sebuah kisah penaik semangat untuk terus berjuang mempertahankan bumi palestin. Wahai Tuhan Yang Memiliki Segala Sesuatu, Kau berilah kepada kami tiupan angin keberanian dan tiupan angin cintakan syahid ke jalan-Mu. Kami mahu mati dalam berjuang ke arah menegakkan agama-Mu. Makbulkanlah Ya Allah..

2 comments:

. said...

wah... ayat dah macam wartawan!

syarfinas said...

hoho..
mlm nie bru nk g dgar pasal LL4G oleh Tn Hj Noorazman Mohd Samsuddin..
berdebar plak.. =)