Wednesday, June 30, 2010

Jangan Terleka..

Seluruh mata tertumpu ke arah keasyikan perlawanan Piala Dunia Bola Sepak 2010 yang sedang berlangsung di Afrika Selatan. Walaupun satu-satunya wakil Asia telah tersingkir dari Piala Dunia di suku akhir, namun semangat untuk qiam di malam hari bagi menonton bola sepak secara ‘live’ di kaca tv tak pernah luntur di hati seorang muslim yang fanatik atau meminati sukan yang popular ini. Tidak salah untuk berhibur tetapi berpada-padalah dan sentiasa beringat dalam setiap perkara. Slogan bahawa sukan bola sepak menyatupadukan manusia sebenarnya satu retorik yang membawa lebih banyak permusuhan berbanding perdamaian. Sehinggakan jika kita lihat ke belakang, beberapa pemain bola sepak telah mati dibunuh akibat rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Inikah perpaduan yang kita minta? Berbalah di stadium dengan melemparkan mercum dan botol? Ini merupakan beberapa contoh dari beratus kes terpencil dan sengaja dipencilkan bagi terus menarik minat seluruh umat manusia alpa dan leka dengan permainan sukan sehingga bola sepak menjadi sebahagian daripada hidup.

Di Malaysia sendiri, pelbagai aktiviti sukan dipengaruhi dari Barat lantaran kejayaan mereka di peringkat dunia. Namun, pernahkah kita terfikir bahawa setiap ynag kita anggap sebagai kebetulan itu sebenarnya sudah dirancamg dengan teliti sehingga mengaburi mata dunia Islam kita? Apakah sukan bola sepak berjaya mengaburkan mata kita terhadap keadaan saudara seIslam kita di Palestin. Pentingkah perlawanan antara bangsa-bangsa yang kita kagumi berbanding soal hidup mati sahabat kita yang berjuang untuk sesuap makanan di Gaza dan tebing Barat? Sanggupkah kita melupakan sebentar kesenggsaraan mereka lantaran sukan dunia yang kita minati? Apakah kita sekadar marah untuk dua tiga malam kemudian berseronok dengan menonton bola tanpa mengingati saudara kita sendiri? Saya tinggalkan beberapa persoalan bagi kita sama-sama muhasabah diri kita dan mohon pertolongan Allah supaya dijauhkan dari tipu muslihat musuh-musuh Allah dan kelalaian diri sendiri.

Pihak Israel tanpa segan silu melanggar peraturan dunia tetapi bagaimana reaksi PBB dengan keadaan ini? Apa yang diperkatakan oleh setiausaha agung PBB, Ban Ki Mun apabila berlakunya kematian di atas kapal Mavi Marmara di kawasan perairan antarabangsa dan bukannya di perairan Israel? Bukan seorang dua tetapi hingga belasan orang, adakah sememangnya nilai nyawa orang-orang Turki tidak bernlai bagi mereka? Sekadar lantang sebentar kemudian seperti tikus yang penakut mengikut telunjuk Israel. Sehinggakan penubuhan penyiasatan pembunuhan bakal ditubuhkan oleh pihak Israel, saya yakin mereka tidak akan berlaku adil dan pasti memenangkan pihak mereka dengan apa cara sekalipun. Ya, dunia semakin membuka mata akan kejahatan rejim Zionis tapi semangat ini kemudiannya luntur akibat adanya temasya yang gah seperti Piala Dunia ini. Tiada salah untuk berhibur tetapi jangan lupakan saudara seIslam yang setiap harap memohon bantuan dari orang yang mereka panggil saudara dunia wal akhirah!! Bangkitlah sahabat-sahabat, jika kita tiada mampu memberikan sumbangan kemanusiaan, hantarkanlah senjata yang paling mustajab dan pasti sampai kepada orang-orang yang dizalimi, hantarkanlah doa qunut nazilah bagi menghancurkan musuh-musuh Allah yang sedang mengaburi mata-mata kita dengan keindahan dunia!!!

Semoga Allah merahmati segala pertolongan kita dan memberi kemenangan ke atas Umat Islam keseluruhannya. InsyaAllah..

DOA QUNUT NAZILAH : 


0 comments: