Friday, April 30, 2010

Sang Penakluk Kota Konstatinople - Siri 2

Kemeriahan di atas kelahiran seorang putera yang comel di istana Turki Uthmaniyyah bukan sekadar diraikan di negara naungan Islam tetapi turut diketahui oleh Maharaja Byzantine, pemerintahan Kota Konstatinople. Namun sambutan yang dimaksudkan bukanlah kegembiraan malah kemarahan yang meluap dan teramat sangat kerana Sultan Murad sudah mempunyai pewaris untuk menggantikan beliau sebagai pemerintah kerajaan Turki Uthmaniyyah. Cita-cita Maharaja Byzantine untuk melihat kerajaan Islam runtuh setelah ketiadaan Sultan Murad; kononnya akibat persengketaan antara pembesar-pembesar istana dan perebutan kuasa sesame mereka musnah apabila lahirnya bayi yang membawa rahmat di bumi Turki Uthmaniyyah itu. Maka timbullah niat jahat di hati Maharaja Byzantine untuk membunuh anak Sultan Murad namun dihalang Perdana Menterinya kerana beliau mempunyai rancangan yang lebih licik. Baginda tersenyum bersetuju sambil mengiyakan kata perdana menterinya itu……… 


Kini Sultan Muhammad telah meningkat dewasa dan sepanjang kehidupannya dipenuhi dengan amal ibadah kepada Yang Esa di samping ilmu-ilmu peperangan dan politik Islami yang diajar sendiri oleh bapa saudaranya, Panglima Tharthan. Pengajaran ilmu agama pula diajar oleh Syeikh Syamsudin al-Wali, yang merupakan tuan guru terbesar bagi Sultan Muhammad. Beliaulah tempat rujukan utama bagi baginda tidak kira dalam bentuk apa pun masalah yang melanda. Persiapan ilmu agamanya meliputi semua aspek dalam kehidupannya; dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara. 

Suatu ketika, Sultan Murad merasakan bahawa beliau perlu merehatkan diri sambil menumpukan kepada amal ibadah kepada Allah. Beliau berkehendak baginda Muhammad memangku jawatan beliau sementara beliau berehat di Pulau Magnesia. Walhal pada ketika itu, baginda Muhammad baru berusia 16 tahun. Sultan Muhammad menerima tanggungjawab dengan dada yang lapang malah bersetuju dengan kata-kata ayahandanya. Berita ini sampai ke pengetahuan Maharaja Byzantine dan perdana menterinya. Maka timbullah rancangan jahat oleh mereka; iaitu ingin menguji kepintaran baginda Sultam Muhammad. Maka dihantar seorang paderi besar ke istana Turki Uthmaniyyah utnuk menguji baginda disaat ketiadaan Sultan Murad.

Kedatangan paderi besar dari Konstantinople, Zaqhanus disambut baik oleh Sultan Muhammad. Beliau dilayan sebagaimana tetamu lain yang datang mengadap baginda. Maka bertanyalah Zaqhanus “Kami datang utnuk berbincang mengenai sebuah hadis nabi bukan berperang”. Baginda bersetuju dengan cadangan Zaqhanus lalu berkatalah Zaqhanus “Saya terbaca sebuah hadis ulama-ulama di kalangan kamu seperti nabi-nabi Bani Israel, adakah hadis itu benar atau palsu?”. Maka hadis itu diiyakan oleh ulama yang ada di istana baginda sultan. Tambah Zaqhanus lagi “Sekiranya benar, maka cuba hidupkan orang-orang yang mati!!!”. Semua terdiam dan tidak berani bersuara…

Oleh kerana seorang pun ulama di istana tidak dapat menyahut cabaran tersebut maka Sultan memanggil Syeikh Bayram, tuan guru kepada Syeikh Syamsudin al-Wali ke istana bagi menyahut cabaran tersebut. Subhanallah, dengan izin Allah Syeikh Bayram berjay menghidupkan kembali orang yang mati di kuburan Islam sekaligus membuktikan hadis Rasulullah yang diutarakan. Zaqhanus sangat kagum lalu dengan serta-merta Zaqhanus mengucap dua kalimah syahadah di hadapan baginda Sultan dan Syeikh Bayram. 

Mendengar berita yang sangat memeranjatkan ini, Maharaja Byzantine sangat marah; menjadikan mukanya merah padam dan mendengus kuat. Nescaya jika Zaqhanus pulang ke Kota Konstatinople pasti kepalanya dipenggal akibat perbuatannya mengubah pendiriannya dengan masuk agama Islam......

*bersambung...

Tuesday, April 20, 2010

Wanita Kau Istimewa


Oleh kerana wanita amat dimuliakan di dalam Islam, maka Allah memberi kepada mereka beberapa keistimewaan di antaranya :
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubunhya.
4. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti orang bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
5. Wanita yang tinggal bersama- sama anak- anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab maka baginya syurga.
7. Daripada Aisyah a.s. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.
8. Apabila memanggil akan engkau oleh dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Realiti Dunia Lelaki


“Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:
Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.
Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.
Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.”

Wednesday, April 14, 2010

Minda 1 %


Bismillahi wal hamdulillah…
" Kecelakaan besar bagi mereka yang mencaci dan mengeji, yang mengumpulkan harta serta menghitung-hitung kekayaan, ia beranggapan bahawa harta kekayaan dapat mengekalkannya di dunia, tidak sekali-kali, sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam neraka yang bernama Hutamah. (Surah al-Humazah:1-4)"

التجارة في الرزق أعشار تسعة
"Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."
Hadith ini diriwayatkan oleh Nuaim bin Abdul Rahman, telah berkata al-Iraqi dalam takhrijnya terhadap kitab Ihya' Ulumuddin 2/79 bahawa hadith ini adalah mursal(dhaif).
Apabila kita bercakap mengenai rezeki teringat saya akan pepatah yang mengatakan, ‘Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek’. Begitulah hakikatnya kehidupan di dunia ini yang mana perlu kita sedar bahawa rezeki tidak akan datang kepada kita sekiranya tiada sebarang daya usaha daripada diri kita sendiri untuk memperolehinya. Nabi junjungan besar kita, Muhammad s.a.w sendiri bersabda bahawa punca rezeki datangnya dari perniagaan malah nabi sendiri merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya dan disegani. Jika kita selusuri kembali sirah nabawiyyah, pastinya kita akan mengetahui bahawa nabi pernah berdagang sebelum kenabian dan kerasulan baginda lagi. Nah, begitulah hebatnya nabi dengan daya tarikan akhlak, baginda mampu menjadikan barang dagangan baginda terjual dengan sangat singkat dan memberansangkan.
Di sini suka bagi saya menekankan ayat  pertama kemudian baru disusuli dengan hadith Nabi mengenai perniagaan. Hal ini kerana bagi saya, dalam melakukan apa-apa pekerjaan; semuanya bergantung kepada niat(nawaitu) asal yang telah kita tetapkan dari awal-awal lagi. Dalam ayat Al-Quran di atas menyatakan bahawa sesungguhnya orang-orang yang mengumpul kekayaan dunia atas sebab untuk menunjuk-nunjuk ataupun untuk bersaing dengan orang yang lain; dengan makna kata lain segala amal perbuatannya disandarkan kepada duniawi semata-mata, maka teramat celakalah golongan ini bahkan Allah telah menyediakan neraka Hutamah bagi golongan ini, nauzubillah himin zalikh.
Dalam memilih punca rezeki, pertama-tamanya penting bagi kita untuk mengetahui sistem dan potensi perniagaan kita. Kehalalan menjadi aspek utama yang perlu diambil kira sebagai kayu ukur keberkatan yang bakal kita gapai selepas terlibat dalam sesuatu perniagaan. Pada pendapat saya, hadith nabi ini sememangnya sangat bertepatan dengan realiti dunia pada hari ini dan hal ini bukan sahaja menambahkan keimanan saya terhadap agama yang saya anuti malah saya merasakan perlu bagi saya untuk menjadikan diri saya sebahagian daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w adalah amat dituntut terutamanya apabila kita mengetahui perkara hadith yang sememangnya mampu kita lakukan. InsyaAllah, dengan niat yang ikhlas dan suci; segala perbuatan kita dalam mengamalkan sunnah Rasulullah akan diberikan ganjaran dari Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Syukur Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah dibawa ke satu seminar yang amat memeranjatkan saya..kerana ‘energy’ yang ditunjukkan oleh ‘presenter’ mengenai produk dan pelan pemasaran syarikat yang berasaskan pendidikan ini benar-benar sangat hebat dan mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh. Perniagaan yang saya maksudkan adalah Score A. 

Program pendidikan secara ‘online’ yang terbukti mampu mengubah keberkesanan pembelajaran di sekolah. Score A adalah sistem output setelah pelajar mendapat input pembelajaran setiap subjek di sekolah. Bahkan, program ini telah dicuba di beberapa sekolah sehinnga sekolah tersebut terus melanggan program hebat Score A sehingga kini. Setelah di ‘test market’ selama 3 tahun berturut-turut, keputusan pelajar amat memberansangkan. 90% daripada para pelajarnya mendapatkan keputusan straight A dalam semua mata pelajaran!!! HEBAT!!!
 Score A merupakan keperluan bagi pelajar kerana yang pasti hanya 50% daripada apa yang diajar di dalam kelas terus melekat di dalam minda pelajar. Hal ini bergantung terhadap tumpuan pelajar dan juga pemahaman pelajar terhadap sesuatu subjek. Score A didatangkan dengan pelbagai kaedah hebat yang pasti menarik minat pelajar untuk belajar dan amat bersesuaian bagi ibu bapa yang bekerja dan tiak dapat , menumpukan perhatian terhadap pembelajaran anak-anak dapat mengetahuinya dengan adanya sistem Score A. Pelbagai kemudahan untuk pelajar dan juga ibu bapa bagi memantau prestasi dan kelemahan anak-anak mereka. Saya tidak dapat menyenaraikan semua kelebihan program ini di sini kerana sekiranya saya berbuat demikian sudah pasti warkah ini menjadi lebih panjang dan menyusahkan. 

Perkara di atas adalah berkenaan produk yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar sekolah. Bercakap mengenai pelan pemasaran pasti lebih mengujakan. Hal ini kerana produk ini dijalankan secara ‘network marketing’. Satu perkara yang perlu kita tahu, syarikat ini menjalankan pelan pemasaran yang sangat unik dan lain daripada yang lain. Sekiranya kita lihat jauh ke hadapan, pendidikan merupakan suatu yang amat penting dan tidak mungkin ditinggalkan walau dalam apa keadaan sekalipun. Dalam era teknologi maklumat di hujung jari, sepastinya perkembangan maklumat pendidikan secara ‘online’ bakal diperkenalkan. Mahu tak mahu para pelajar perlu mengetahui mengenai internet dan computer. Hal ini memudahkan program ini dipraktikkan oleh para pelajar. InsyaAllah berkat usaha dan keyakinan, kejayaan dalam peperiksaan bakal menjadi kenyataan apabila menggunakan program yang sangat bermanfaat ini. Untuk pengetahuan semua, dalam pelan pemasaran ‘network marketing’ hanya terdapat dua syarikat yang mempunyai ‘syariah complient’ ataupun kepatuhan syariah yang bermaksud kehalalan dari segi produk dan pelan pemasarannya. Subhanallah!
Marilah kita sama-sama merebut peluang yang terhidang di depan mata kita. Tetapi ingat, semuanya bergantung kepada niat kita dalam menjalankan perniagaan. InsyaAllah, dengan niat yang ikhlas dan suci kita kita mampu mengubah kehidupan kita dan orang-orang sekeliling kita.
Hubungi saya sekiranya berminat untuk turut serta bersama saya dalam menjalankan perniagaan; akan saya terangkan dengan lebih lanjut…
add dan komen saya di Facebook, Friendster, atau emel ke : damha8@gmail.com
Anda adalah orang yang POSITIF!!!




Untukmu Jiwa dan Darah Kami

Untukmu jiwa-jiwa kami…
Untukmu darah kami…
Untukmu jiwa dan darah kami..
Wahai Al-Aqsa tercinta..

Lirik lagu dari Shoutul Harakah, satu kumpulan nasyid yang amat bertenaga dari Indonesia amat menyentuh jiwa saya apabila mendengarnya. Sesungguhnya lirik ingin mengajar kita selaku umat Islam seharusnya peka dengan keadaan semasa bukan sekadar di sekeliling kita tapi darah seislam kita iaitu saudara-saudara kita yang sedang bergelut dengan kezaliman musuh Islam yang sangat licik, si Yahudi dan tentera Zionism jahanam laknatullah.

Sebagaimana yang kita tahu, Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis merupakan antara 3 masjid yang teragung dan suci dalam Islam. Bahkan pahala apabila iftikaf dalam masjid tersebut dilipatgandakan sehingga beberapa tingkatan. Namun, hari ini adanya cubaan-cubaan yang sangat tersusun dan dijalankan secara tersirat, begitu licik…menjalankan kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah yang begitu hampir dengan kawasan masjid Al-Aqsa. Apakah makna tersirat di sebalik kerja-kerja Ya-Yahud ini? Pasti ada maksud tersirat yang pastinya memerlukan kita sebagai umat Islam mengambil berat terhadap konspirasi Yahudi ini.

Tulisan saya pada kali ini bukan sekadar ingin mengetengahkan mengenai rancangan jahat Yahudi dan konco-konconya, tapi mengajak sahabat-sahabat berfikir dan mengenang nasib saudara seIslam kita di Palestin. Jika benar kita mengambil berat terhadap saudara kita di Palestin, maknanya kita sedar bahawa Palestin pada hari ini hanya tinggal nama tapi hakikatnya dalam peta dunia, Palestin hamper dilenyapkan bahkan sekadar tinggal sebesar daerah. Jika kita perasan, kebanyakan kempen dana untuk Palestin ditulis ‘Save Gaza’ bukan ‘Save Palestin’. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana hakikat semasa pada masa ini adalah Palestin sememangnya hanya hingga daerah Gaza! Dan sebahagian kecil Tebing Barat masih menjadi pendudukan umat Islam. Apa usaha kita selaku saudara mereka? Hanya berkata “Ya Allah, kesiannya mereka..”, adakah cukup dengan ucapan sedemikian rupa? Berubahkah kehidupan mereka dengan ucapan takziah kita kepada mereka? Bangunlah sahabat-sahabat sekalian…Minda kita sedang dijajah dengan perang psikologi buatan Israel.

Walaupun rakyat Palestin hanya tinggal daerah Gaza yang amat kecil namun saban hari kebebasan mereka tetap dirobek dalam halaman kampong dan Negara mereka sendiri. Mereka diseksa dan dibunuh di Negara sendiri. Hampir setiap hari malah setiap jam, ada saja tembakan-tembakan yang dikatakan sesat oleh si jahanam Yahudi yang menembak ke arah daerah kecil Gaza tanpa mengira mereka adalah kanak-kanak kecil,wanita mahupun golongan emas. Peraturan perang mana yang mereka gunakan sehingga boleh mengebom kawasan sekolah dan hospital-hospital? Apakah Israel tidak boleh diusik oleh masyarakat dunia? Di mana tanggungjawab PBB dan OIC dalam menangani masalah ummah ini? Rasa sedih dan sayu apabila memikirkan kita hanya mampu menyatakan rasa sedih dan kesal terhadap apa yang berlaku di Palestin tanpa dapat membantu mereka yang kita; mengaku mereka sebagai saudara kita!

Peristiwa berdarah di Palestin masih lagi berlangsung dengan hebatnya. Namun, media dalam pada masa yang sama menyatakan rakyat Palestin yang mempertahankan Negara mereka sendiri dengan hanya melemparkan batu dan kayu sebagai pengganas; malah tentera-tentera Zionism yang lengkap bersenjata dan mempunyai teknologi terbaru dalam peperangan dikatakan mempertahankan diri mereka. Logikkah pernyataan-pernyataan seperti ini? Hati ini sangat membara apabila memikirkan kezaliman yang saban hari berlaku di Negara Palestin yang dijajah. Lebih memedihkan apabila ‘intelligent’ Zionism menjadikan Gaza sebagai pentas eksperimen dan percubaan terhadap senjata-senjata baru dan ada antaranya yang diharamkan untuk digunakan dalam sebarang peperangan kerana kesannya yang sangat teruk dan berbahaya.
Tinggallah rakyat Palestin yang sentiasa ketakutan siang dan malam. Tiada lagi mimpi indah pada malam hari, malah setiap malam bertukar menjadi mimpi ngeri sedangkan mereka tidak pernah nyenyak dalam tidur mereka. Masakan mahu lena jika setiap jam ada saja dentuman bom yang digugurkan ke atas rumah-rumah orang awam di Gaza. Beginilah caranya Zionism naklatullah menghapuskan pengganas di muka bumi ini. Di mana hilangnya semua Negara Islam di atas muka bumi ini, adakah semuanya tunduk atas kehendak syaitan Yahudi? Sekali lagi hati ini merintih sakit dengan fenomena yang sedang berlaku dewasa ini.

Syukur ke hadrat Ilahi, masih ada pejuang-pejuang Islam yang berani menentang Israel secara jelas dan lebih mementingkan akidah berbanding kepentingan ekonomi dan politik semata-mata. Presiden Venezuela telah memutuskan hubungan diplomatic negaranya dengan Negara haram Israel dan menghalau duta Israel di negaranya pulang ke tanah yang bukan miliknya. Beginilah sikap pemimpin Islam sejati, mampu untuk bertindak dengan tegas apabila saudara sendiri ditindas, membalas dengan perasaan penuh kemarahan atas nama kesucian persaudaraan dalam Islam!!!

Setakat ini dulu coretan saya, InsyaAllah kisah duka ini atas terus saya ketengahkan dan seterusnya mengaitkannya dengan konspirasi sulit dan licik ‘intelligent ‘ Yahudi dalam menguasai manusia. Penulisan saya kali ini sekadar ingin membuka minda kita bersama dan memupuk perasaan ukhuwah Islami juga membangkitkan rasa ingin tahu sahabat-sahabat mengenai saudara-saudara seIslam seantero dunia. Sesungguhnya saya menulis dengan akal pemikiran sendiri, yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk juga dating dariNya..ambillah yang baik dan yang buruk jadikan iktibar.

Monday, April 12, 2010

Isu Sebat dan Dasar Hukumannya

Islam merupakan agama yang syumul atau dalam erti kata lain maknanya adalah menyeluruh. Malaysia yang diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam malah diberi pengiktarafan sebagai Negara Islam contoh seharusnya menjadikan Islam sebagai dasar atau kayu ukur dalam menentukan setiap tindakan dan undang-undang yang diambil . Saya bercakap dalam kapasiti saya sebagai seorang yang beragama Islam dan melihat ke arah Malaysia sebagai sebuah Negara yang menjadikan Islam sebagai Ad-Deen.

Isu yang ingin saya ketengahkan pada kali ini adalan Isu Sebat Kartika yang baru saja diputuskan tindakannya beberapa hari yang lalu. Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, merupakan seorang model sambilan yang telah ditangkap meminum arak dan mengaku bersalah di atas kesalahan tersebut. Kesalahan itu disabitkan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987. Hakim syarie menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5,000 dan enam kali sebatan rotan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, baru-baru ini. Beginilah hukuman yang dijalankan di Malaysia sekarang. Persoalannya, adakah system ini merupakan system terbaik yang didatangkan terus daripada pengajaran Nabi junjungan besar kita ataupun daripada ijtihad-ijtihad para ulama’?
Di sini suka saya untuk menyenaraikan pandangan para ulama yang empat yang mana menjadi panduan kita sepanjang zaman.

Pandangan ULAMA
Meminum arak (khamar) adalah satu kesalahan jenayah di bawah hukuman Hudud. Empat orang Mujtahid pengasas Mazhab terkemuka dalam Islam berpendapat bahawa peminum khamar dikenakan hukuman hudud.

Mazhab Syafie.
i. Imam Nawawi: dikenakan hudud ke atas peminumnya melainkan kanak-kanak, orang gila, Kafir harbi dan Zimmi [Mughni Muhtaj IV:187]. Ungkapan yang sama dalam Tahfatul, Nihayatul dan Mughni Muhtaj. Hanya dalam kitab Tahfatul Muhtaj ditambah dengnan Mu’ahad: Harbi, Muahid kerana tidak terikatnya Zimmi, maka tidak terikat kerana adami [Nihayatul Muhtaj, VIII:12].
ii. Muhazzab: Jika mereka (kafir zimmi) berpegang bahawa arak itu dibolehkan maka tidak dikenakan (hudud) ke atas mereka kerana mereka tidak berpegang pada keharamannya, maka tidak boleh dikenakan (had) seperti kekufuran mereka tetapi jika mereka menzahirkan hal tersebut maka hendaklah ditakzir kerana mereka telah menzahirkan kemungkaran dalam Negara Islam [Muhazzab II:256].

Mazhab Hambali
i. Al-Iqna’ : Jika seseorang telah meminumnya itu merdeka, Muslim, Mukkalaf, sukarela dan tahu bahawa kalau banyak ianya memabukkan samada daripada jus anggur, atau dari lain-lain yang memabukkan, sedikit atau banyaknya, meskipun tidak memabukkan peminumnya maka hendaklah dihudud 80 kali sebatan. [Iqna’, Syariffuddin IV:267]
ii. Tidak dikenakan zimmi kerana minum arak, namun jika mabuk dikenakan hudud. Pendapatku jika mabuk dikenakan had, tapi sebaliknya tidak. [ Maharrar II : 163]
iii. Tidak dikenakan had ke atas orang kafir yang minum [ Al-gayatul Muntaha III : 313]

Mazhab Maliki
i. Malik berkata “Jika ahli kitab dijumpai minum arak atau melakukan zina, mereka dibiarkan (tanpa hukuman), kecuali mereka menzahirkannya maka mereka akan dihukum. [A-Mudawanatul Kubra 4:256]
ii. Jika orang kafir ditemui mabuk maka dibiarkan kecuali jika dizahirkan perbuatannya (minum arak secara terbuka). [ Al-Mudawwanah 4:256]

Mazhab Hanafi
i. Maka tidak akan dikenakan hukuman hudud ke atas zimmi, harbi dan musta’min kerana minum dan tidak juga kerana mabuk pada zahir riwayat [Badai’ Sanai’ 7:39]
ii. Ungkapan Al-Hakim dalam Kafi tentang minum, “Tidak ada had ke atas zimmi jika minum” [Hasyiyatul raddul Muktar 4:37]

Dari penjelasan di atas, pesalah yang disabit kesalahan kerana minum khamar hendaklah dikenakan sebatan menurut hukum hudud, bukan menurut undang-undang selainnya. Malah, sebahagian mazhab berpendapat bahawa jika orang kafir zimmi yang menzahirkan perbuatan minum arak di tempat umum hingga mabuk dikenakan hudud, apatah lagi jika orang Islam yang melakukannya. Apa lagi laksanakan segera kalau hanya sekadar kenyataan sahaja belum cukup untuk membuktikan bahawa kita benar-benar ingin melaksanakan syariat Islam. Jangan tangguh2 lagi..Kembalikan Hukuman Syariat Islam di Malaysia.

Justeru, bagaimana kita lihat kes Kartika diselesaikan? Adakah berlandaskan pada dasar yang kukuh dalam Islam? Saya mengajak sahabat-sahabat berfikir supaya kita sama-sama membangun dalam masyarakat Islam yang adil dan saksama dalam menegakkan agama Islam.
Wallahua’lam.

Sang Penakluk Kota Konstatinopel

Sultan Muhammad al-Fateh sememangnya nama yang tak asing lagi bagi pengkaji sejarah samada pengkaji-pengkaji Islam mahupun di Barat. Kebijaksaan baginda Sultan yang memerintah Kerajaan Turki Uthmaniyyah seawal umur lingkungan 20-an merupakan suatu keajaiban dan fenomena yang mengubah persapsi dunia terhadap dasar pemilihan pemerintah.

Baginda Sultan Muhammad merupakan anak kepada Sultan Murad yang terkenal dengan gaya pemerintahan Islam yang adil dan saksama. Kehebatan baginda sudah terserlah semasa baginda masih di alam buaian yang mana seorang ulama besar Turki yang juga merupakan orang yang sangat dihormati seluruh penduduk Turki berkata “ Pada firasat saya, bukan tuan(Sultan Murad) yang akan membuka Kota Konstatinopel tetapi bayi dalam buaian itu yang akan menggetar kota tersebut!”. Nah, seawal usia lagi baginda sudah mendapat pengiktirafan yang tinggi dari seorang ulama yang mahsyur sebagai seorang pemimpin hebat yang bakal membuka Kota Teragung pada masa itu iaitu Kota KOnstatinopel.

Walaubagaimanapun, kejayaan baginda sultan bukan dating bergolek. Kepimpinan baginda bukanlah sifat yang terbentuk secara sendiri tetapi dengan latihan dan pimpinan minda yang sangat teliti sejak dari usia kecil yakni dengan ajaran Nabi junjungan kita, Muhammad s.a.w. Baginda Sultan seperti kanak-kanak kecil lain juga yang suka bermain dan berseronok. Baginda selalu bersama rakan-rakannya bermain pedang kayu yang mana baginda menjadi pimpinan Kerajaan Turki dan rakan-rakan yang lain menjadi tentera-tentera Byzantine. Hal ini menggusarkan hati ayahandanya, Sultan Murad apabila melihat baginda lebih gemar bermain berbanding mendalami ilmu agama.

Berpuluh-puluh ulama dan tuan guru yang dihantar Sultan Murad bagi mendidik dan mengajar baginda namun semuanya gagal an pulang dengan hampa. Namun, kegusaran baginda bertukar gembira apabila muncul seorang ulama’ yang tegas dalam pengajarannya. Beliau terkenal dengan sifatnya yang tidak bertolak ansur dengan kedegilan muridnya malah sentiasa bertegas dalam setiap perkara. Beliau adalah seorang yang zuhud dan tawadduk bernama As-Syeikh Bayzam. Sultan Muhammad yang pada mulanya menolak pelawaan beliau dipukul dengan ranting kayu di tapak kaki sehingga baginda mengadu kepada ayahandanya.

Setelah berfikir dengan akal yang waras akhirnya baginda menerima pengajaran Syeikh Bayzam dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan. Bermula dari itu, baginda mula mendalami ilmu agama daripada gurunya itu di samping ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya sendiri.
Begitulah kisah awal daripada ceritera Sang Penakluk Kota Konstatinopel yang sangat mahsyur dalam sejarah Islam. Kisahnya akan terus saya sambung pada masa akan sekiranya masih diberi keizinan dari Maha Pencipta. InsyaAllah saya akan terus menulis bagi kita sama-sama merenung kembali kejayaan Islam pada masa lalu untuk dijadikan pembakar semangat kita untuk menghadapi dunia pada hari ini. Ar ruhul jadid fi jasadil Ummah!

Saturday, April 10, 2010

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Kelebihan Solat Berjemaah

Pengertian Solat Jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Tuntutan Berjemaah Pada Solat Fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

“Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.”

Fadhilat (Kelebihan) Solat Berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

SIRAH MUHAMMAD S.A.W : Sejauh Mana Kita Mencintai Rasulullah?

Saban hari kita menyatakan kecintaan kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W; namun sedalam manakan ucapan cinta itu dibuktikan? Adakah sunnah-sunnah Rasulullah telah kita praktikkan dalam kehidupan kita seharian?Marilah kita yang mengaku sebagai umat nabi Muhammad merenung kembali kecintaan kita kepada Rasulullah dengan memuhasabah kembali diri kita…..

Firman Allah : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab : 21)

Tidak ada satu pun biografi kehidupan seseorang di dunia ini selengkap biografi Rasulullah SAW. Kita boleh menyemaknya mulai dari masa pernikahan Abdullah dan Aminah; ayah bunda beliau- sampai dengan wafatnya. Kita boleh mengenal jelas waktu kelahirannya, masa kecil dan masa mudanya. Apalagi setelah beliau diangkat sebagai Nabi dan Rasul, dengan terperinci. Biografi beliau merupakan sejarah lengkap kehidupan seorang manusia yang dimuliakan dengan risalah Allah, yang tidak terlepas dari sisi-sisi kemanusiaannya. Maka sangatlah relevan bila Allah SWT memerintahkan agar individu Muhammad SAW diteladani dan dijadikan rujukan hidup umat manusia.

Firman Allah : “Dan sesungguhnya kamu(Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (QS. Al Qalam : 4)

Aisyah ra. menyimpulkan : “Akhlak Rasulullah adalah Al Qur’an”

Al Imam Asy-Syafi’i mengatakan, “Apa yang beliau perbuat adalah apa yag beliau fahami dari al Qur’an.”
Biografi beliau(Muhammad) juga merupakan petunjuk praktis dan aplikatif bagi umat manusia dalam menjalankan tugasnya sebagai khalifah dan pelaksana hukum Allah (Al Qur’an) di muka bumi ini.
Oleh itu, jelas kepada kita betapa pentingnya sirah nabawiyah nabi junjungan besar kita untuk sama-sama kita telusuri dan teladan supaya dapat diamalkan dalam kehidupan kita di samping menjaga kita daripada terus terjerumus ke dalam lembah kesesatan atau hidup dalam pengaruh dunia Barat yang penuh propaganda dan konspirasi yang amat kompleks.

Kembalilah kita kepada sumber rujukan Al-Quran dan Al-Hadith dalam mendalami ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang agama. Sesungguhnya Islam itu syumul(menyeluruh)
Wallahua’ lam.